Ukur Oksigen Darah pada Apple Watch (Apple Watch Series 6 sahaja)
Gunakan app Oksigen Darah pada Apple Watch Series 6 untuk mengukur peratusan oksigen yang dibawa oleh sel darah merah anda dari paru-paru anda ke bahagian lain badan. Mengetahui tahap darah anda mendapat oksigen boleh membantu anda memahami keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Nota: App Oksigen Darah tidak tersedia di semua rantau. Ukuran app Oksigen Darah bukan untuk kegunaan perubatan.
Sediakan Oksigen Darah
Buka app Apple Watch pada iPhone anda (iPhone 6s atau lebih baru dengan iOS 14).
Ketik Jam Saya, ketik Oksigen Darah, kemudian aktifkan Ukuran Oksigen Darah.
Nyahaktifkan ukuran latar belakang dalam mod tidur dan mod teater
Ukuran oksigen darah menggunakan cahaya merah terang yang dipancarkan ke pergelangan tangan anda, yang mungkin lebih senang dilihat di tempat gelap. Anda boleh menyahaktifkan pengukuran jika anda mendapati cahaya ini mengganggu.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Oksigen Darah, kemudian nyahaktifkan Dalam Mod Tidur dan Dalam Mod Teater.
Ukur paras oksigen darah anda
App Oksigen Darah mengukur paras oksigen darah anda secara berkala sepanjang hari jika ukuran latar belakang diaktifkan, tetapi anda juga boleh mengambil ukuran pada permintaan pada bila-bila masa.
Buka app Oksigen Darah pada Apple Watch anda.
Letakkan lengan anda di atas meja atau di riba anda dan pastikan pergelangan tangan anda rata, dengan paparan Apple Watch menghadap ke atas.
Ketik Mula, kemudian pastikan tangan anda tidak bergerak sepanjang kira detik 15 saat.
Pada akhir ukuran, anda akan menerima hasil. Ketik Selesai.
Nota: Untuk hasil terbaik, bahagian belakang Apple Watch anda perlu menyentuh kulit. Memakai Apple Watch anda dengan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar, serta ruang untuk kulit anda bernafas dapat membantu memastikan pengukuran Oksigen Darah berjaya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Mengukur paras oksigen darah anda dengan app Oksigen darah pada Apple Watch Series 6.
Lihat sejarah ukuran Oksigen Darah anda
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Layari, ketik Respiratori, kemudian ketik Oksigen Darah.