Jejak aktiviti harian dengan Apple Watch
App aktiviti pada Apple Watch anda menjejaki pergerakan anda sepanjang hari dan menggalakkan anda untuk mencapai matlamat kecergasan anda. App tersebut menjejaki berapa kerap anda berdiri, berapa banyak anda bergerak dan berapa minit senaman anda lakukan. Tiga gelang berwarna meringkaskan kemajuan anda. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan duduk, lebihkan bergerak dan dapatkan senaman dengan melengkapkan setiap gelang setiap hari.
App Kecergasan pada iPhone anda menyimpan rekod aktiviti anda. Jika anda telah menjejak sekurang-kurangnya enam bulan aktiviti, ia memaparkan data aliran harian untuk kalori aktif, minit latihan, jarak berjalan, tangga yang dinaiki dan banyak lagi. Dalam app Kecergasan pada iPhone, ketik Ringkasan, kemudian skrol ke Aliran untuk melihat prestasi anda berbanding dengan aktiviti purata anda.
Nota: Apple Watch anda bukan peranti perubatan. Untuk mendapatkan maklumat penting tentang menggunakan app kesejahteraan dengan selamat, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.
Mulakan
Apabila anda menyediakan Apple Watch anda, anda ditanya jika anda mahu konfigurasi app Aktiviti. Jika anda memilih tidak, anda boleh melakukannya kemudian apabila anda membuka app Aktiviti untuk kali pertama.
Buka app Aktiviti
pada Apple Watch anda.
Leret kiri untuk membaca perihalan Pergerakan, Senaman dan Berdiri, kemudian ketik Mulakan.
Gunakan Digital Crown untuk setkan jantina, umur, tinggi, berat dan sama ada anda menggunakan kerusi roda.
Pilih tahap aktiviti dan mula bergerak.
Semak kemajuan anda
Buka app Aktiviti pada Apple Watch anda pada bila-bila masa untuk melihat kemajuan anda. App Aktiviti memaparkan tiga gelang.
![Dua skrin: Satu menunjukkan skrin pembukaan app Aktiviti, yang lain menunjukkan butang Mulakan.](https://help.apple.com/assets/600F108EB67A7B74502B78B5/600F1093B67A7B74502B78C6/ms_MY/ca278632ff803f6fefd12c2ef6a353f9.png)
Gelang Pergerakan merah menunjukkan berapa banyak kalori aktif yang anda telah bakar.
Gelang Senaman hijau menunjukkan jumlah minit aktiviti pantas yang anda telah lakukan.
Gelang Berdiri biru menunjukkan bilangan kali dalam sehari anda telah berdiri dan bergerak untuk sekurang-kurangnya satu minit setiap jam.
![Skrin Aktiviti, menunjukkan gelang Pergerakan, Senaman dan Berdiri.](https://help.apple.com/assets/600F108EB67A7B74502B78B5/600F1093B67A7B74502B78C6/ms_MY/f89ebaf036d18c6331d193e97446139a.png)
Jika anda menentukan bahawa anda menggunakan kerusi roda, gelang Berdiri biru menjadi gelang Pusing dan menunjukkan bilangan kali dalam sehari anda telah berpusing untuk sekurang-kurangnya satu minit setiap jam.
Putar Digital Crown untuk melihat jumlah terkini anda—teruskan skrol untuk melihat kemajuan anda dalam graf, jumlah langkah anda, jumlah jarak, latihan dan tangga yang dinaiki.
Gelang bertindih bermaksud anda telah mencapai matlamat anda. Putar Digital Crown, kemudian ketik Ringkasan Mingguan untuk melihat prestasi anda untuk seminggu.
Tukar matlamat anda
Dengan watchOS 7, anda boleh menukar setiap matlamat aktiviti anda.
Buka app Aktiviti
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah skrin, kemudian ketik Tukar Matlamat.
Ketik
atau
untuk melaraskan matlamat, kemudian ketik Seterusnya.
Setiap hari Isnin, anda akan diberitahu tentang pencapaian minggu lalu dan anda boleh melaraskan matlamat anda untuk minggu seterusnya. Apple Watch anda mencadangkan matlamat berdasarkan prestasi anda sebelum ini.
Semak sejarah aktiviti anda
Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Ringkasan.
Ketik kawasan Aktiviti, kemudian ketik tarikh.
Semak aliran anda
![Tab Aliran dalam app Aktiviti pada iPhone Beberapa metrik kelihatan di bawah pengepala Aliran berhampiran bahagian atas skrin. Metrik termasuklah Senaman, Berdiri, Jarak dan banyak lagi. Pergerakan kelihatan di bawah pengepala Berbaloi untuk Dilihat.](https://help.apple.com/assets/600F108EB67A7B74502B78B5/600F1093B67A7B74502B78C6/ms_MY/aad8ae1c7e5268fb42347cabb6afd84c.png)
Dalam app Kecergasan pada iPhone dengan iOS 14, kawasan Aliran menunjukkan anda data aliran harian untuk kalori aktif, minit latihan, jam berdiri, minit berdiri dan banyak lagi. Aliran membandingkan aktiviti anda pada 90 hari lalu dengan aktiviti pada 365 hari lalu.
Untuk melihat corak aliran anda, ikut langkah ini.
Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Ringkasan.
Leret ke atas untuk melihat aliran.
Untuk mengetahui cara menerbalikkan trend, ketik Lihat Lagi.
Untuk melihat sejarah aliran tertentu, ketiknya.
Jika anak panah Aliran untuk metrik tertentu menunjuk ke atas, ini bermakna anda mengekalkan atau meningkatkan tahap kecergasan anda. Jika anak panah menunjuk ke bawah, purata 90 hari anda untuk metrik tersebut telah mula menurun. Demi membantu memotivasikan anda untuk menterbalikkan aliran ini, anda akan menerima bimbingan—“Berjalan suku batu lebih setiap hari,” sebagai contoh.
Lihat ganjaran anda
Anda boleh menerima ganjaran untuk rekod peribadi, pencapaian berterusan dan peristiwa penting menggunakan Apple Watch anda. Untuk melihat semua ganjaran anda, termasuk ganjaran Pertandingan Aktiviti dan ganjaran yang anda sedang membuat kemajuan untuknya, ikut langkah ini:
Buka app Aktiviti
pada Apple Watch anda.
Leret ke kiri dua kali untuk melihat skrin Ganjaran.
Skrol ke atas untuk melihat ganjaran anda. Ketik ganjaran untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
Anda juga boleh membuka app Kecergasan pada iPhone anda, ketik tab Ringkasan, kemudian leret ke atas untuk melihat Ganjaran di bahagian bawah skrin.
Lihat Bertanding dengan rakan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan dan artikel Sokongan Apple Peroleh ganjaran Aktiviti menggunakan Apple Watch anda untuk maklumat lanjut tentang ganjaran.
![Tab Ganjaran daripada skrin app Kecergasan pada iPhone, menunjukkan ganjaran pencapaian di bahagian tengah skrin. Anda boleh seret untuk putarkan ganjaran. Butang Kongsi berada di bahagian atas kanan.](https://help.apple.com/assets/600F108EB67A7B74502B78B5/600F1093B67A7B74502B78C6/ms_MY/2bbff3fdffce9bc9e93f7950440ae73d.png)
Kawal peringatan aktiviti
Peringatan dapat membantu dalam mencapai matlamat. Apple Watch memberitahu anda jika anda dalam perjalanan atau jika anda ketinggalan dalam mencapai matlamat aktiviti anda. Untuk memilih peringatan dan isyarat yang anda mahu lihat, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ketik Jam Saya.
Ketik Aktiviti, kemudian konfigurasi peringatan.
![Skrin Aktiviti dalam app Apple Watch, di mana anda boleh sesuaikan pemberitahuan yang anda ingin dapatkan.](https://help.apple.com/assets/600F108EB67A7B74502B78B5/600F1093B67A7B74502B78C6/ms_MY/cb7b8128fbd1b87b224d7649867e859b.png)
Gantung bimbingan harian
Untuk menyahaktifkan peringatan aktiviti, ikut langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ketik Jam Saya.
Ketik Aktiviti, kemudian nyahaktifkan Bimbingan Harian.