Jejak aktiviti harian dengan Apple Watch
App aktiviti pada Apple Watch anda menjejak pergerakan anda sepanjang hari dan menggalakkan anda untuk mencapai matlamat kecergasan anda. App tersebut menjejaki kekerapan anda berdiri, jumlah pergerakan anda dan minit senaman yang anda lakukan. Tiga gelang dalam warna yang berbeza meringkaskan kemajuan anda. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan duduk, lebihkan bergerak dan dapatkan senaman dengan melengkapkan setiap gelang setiap hari.
App Kecergasan pada iPhone anda menyimpan rekod aktiviti anda. Jika anda telah menjejak sekurang-kurangnya enam bulan aktiviti, ia memaparkan data aliran harian untuk kalori aktif, minit latihan, jam berdiri, minit berdiri, jarak berjalan, kecergasan kardio, kadar berjalan dan banyak lagi. Dalam app Kecergasan pada iPhone, ketik Ringkasan, kemudian skrol ke Aliran untuk melihat prestasi anda berbanding dengan aktiviti purata anda.
Nota: Apple Watch anda bukan peranti perubatan. Untuk mendapatkan maklumat penting tentang menggunakan app kesejahteraan dengan selamat, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch.
Mulakan
Apabila anda menyediakan Apple Watch, anda ditanya jika anda mahu konfigurasi app Aktiviti. Jika anda memilih tidak, anda boleh melakukannya kemudian apabila anda membuka app Aktiviti untuk kali pertama.
Buka app Aktiviti pada Apple Watch anda.
Leret kiri untuk membaca perihalan Pergerakan, Senaman dan Berdiri, kemudian ketik Mulakan.
Gunakan Digital Crown untuk setkan jantina, umur, tinggi, berat dan sama ada anda menggunakan kerusi roda.
Pilih tahap aktiviti dan mula bergerak.
Semak kemajuan anda
Buka app Aktiviti pada Apple Watch anda pada bila-bila masa untuk melihat kemajuan anda. App Aktiviti memaparkan tiga gelang.
Gelang Pergerakan merah menunjukkan berapa banyak kalori aktif yang anda telah bakar.
Gelang Senaman hijau menunjukkan jumlah minit aktiviti pantas yang anda telah lakukan.
Gelang Berdiri biru menunjukkan bilangan kali dalam sehari anda telah berdiri dan bergerak untuk sekurang-kurangnya satu minit setiap jam.
Jika anda menentukan bahawa anda menggunakan kerusi roda, gelang Berdiri biru menjadi gelang Pusing dan menunjukkan bilangan kali dalam sehari anda telah berpusing untuk sekurang-kurangnya satu minit setiap jam.
Putar Digital Crown untuk melihat jumlah terkini anda—teruskan skrol untuk melihat kemajuan anda dalam graf, jumlah langkah anda, jumlah jarak, latihan dan tangga yang dinaiki.
Gelang bertindih bermaksud anda telah mencapai matlamat anda. Putar Digital Crown, kemudian ketik Ringkasan Mingguan untuk melihat prestasi anda untuk seminggu.
Lihat ringkasan mingguan anda
Buka app Aktiviti pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah skrin, kemudian ketik Ringkasan Mingguan.
Ringkasan disertakan jumlah mingguan untuk kalori, purata kalori, langkah, jarak, tangga dinaiki dan masa aktif.
Tukar matlamat anda
Jika anda mendapati matlamat aktiviti anda terlalu mencabar atau tidak cukup mencabar, anda boleh menukar matlamat.
Buka app Aktiviti pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah skrin, kemudian ketik Tukar Matlamat.
Ketik atau untuk melaraskan matlamat, kemudian ketik Seterusnya.
Setiap hari Isnin, anda akan diberitahu tentang pencapaian minggu lalu dan anda boleh melaraskan matlamat anda untuk minggu seterusnya. Apple Watch anda mencadangkan matlamat berdasarkan prestasi anda sebelum ini.
Semak sejarah aktiviti anda
Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Ringkasan.
Ketik kawasan Aktiviti, ketik , kemudian ketik tarikh.
Semak aliran anda
Dalam app Kecergasan pada iPhone, kawasan Aliran menunjukkan anda data aliran harian untuk kalori aktif, minit latihan, jam berdiri, jarak berjalan, minit berdiri, kecergasan kardio, kadar berjalan dan kadar berlari. Aliran membandingkan aktiviti anda pada 90 hari lalu dengan aktiviti pada 365 hari lalu.
Untuk melihat corak aliran anda, ikut langkah ini.
Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Ringkasan.
Leret ke atas untuk melihat aliran.
Untuk mengetahui cara menterbalikkan trend, ketik Tunjukkan Lagi.
Untuk melihat sejarah aliran tertentu, ketiknya.
Jika anak panah Aliran untuk metrik tertentu menunjuk ke atas, ini bermakna anda mengekalkan atau meningkatkan tahap kecergasan anda. Jika anak panah menunjuk ke bawah, purata 90 hari anda untuk metrik tersebut telah mula menurun. Demi membantu memotivasikan anda untuk menterbalikkan aliran ini, anda akan menerima bimbingan—“Berjalan suku batu lebih setiap hari,” sebagai contoh.
Lihat ganjaran anda
Anda boleh menerima ganjaran untuk rekod peribadi, pencapaian berterusan dan peristiwa penting menggunakan Apple Watch anda. Untuk melihat semua ganjaran anda, termasuk ganjaran Pertandingan Aktiviti dan ganjaran yang anda sedang membuat kemajuan untuknya, ikut langkah ini:
Buka app Aktiviti pada Apple Watch anda.
Leret ke kiri dua kali untuk melihat skrin Ganjaran.
Skrol ke bawah untuk melihat ganjaran anda. Ketik ganjaran untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
Anda juga boleh membuka app Kecergasan pada iPhone anda, ketik tab Ringkasan, kemudian leret ke atas untuk melihat Ganjaran di bahagian bawah skrin.
Lihat Bersaing dengan rakan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan.
Kawal peringatan aktiviti
Peringatan dapat membantu dalam mencapai matlamat. Apple Watch anda memberitahu anda jika anda di peringkat yang betul atau jika anda ketinggalan dalam mencapai matlamat aktiviti anda. Untuk memilih peringatan dan isyarat yang anda mahu lihat, ikuti langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Aktiviti, kemudian konfigurasi pemberitahuan.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Aktiviti.
Gantung bimbingan harian
Untuk menyahaktifkan peringatan aktiviti, ikut langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Aktiviti, kemudian nyahaktifkan Bimbingan Harian.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Aktiviti, kemudian nyahaktifkan Bimbingan Harian.
Muat turun panduan ini: Apple Books