Tukar perkara pada skrin semasa latihan atau meditasi Apple Fitness+
Tukar metrik atas skrin
Semasa latihan, anda boleh menjejak kemajuan anda pada skrin untuk setiap gelang anda, semuanya ditunjukkan pada masa nyata pada peranti anda. Jika anda memakai Apple Watch anda semasa latihan, anda juga boleh menjejak kadar jantung dan kalori dibakar anda.
Sesetengah latihan juga memaparkan Bar Bakar, yang menunjukkan cara metrik anda dibandingkan dengan orang lain yang telah menyelesaikan latihan sebelum ini. Lebih banyak kalori yang anda bakar, lebih tinggi kedudukan anda pada Bar Bakar. Kedudukan anda pada Bar Bakar disimpan dalam ringkasan latihan anda bersama dengan metrik anda yang lain.
Anda boleh menukar metrik daripada Apple Watch yang anda lihat pada skrin semasa latihan. Seting metrik diselaraskan dalam app Kecergasan pada semua peranti anda yang mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Nota: Pelanggan Fitness+ yang menggunakan AirPlay untuk melihat latihan mereka kini boleh mendapatkan metrik peribadi masa nyata daripada Apple Watch mereka pada paparan yang serasi.
Semasa latihan, ketik .
Jika anda berlatih dengan Apple TV, gunakan gerak isyarat ini:
Siri Remote (generasi ke-2): Tekan pada cincin pad klik atau leret ke bawah pada pad klik untuk menunjukkan anak tetingkap Info, kemudian navigasi ke anak tetingkap Metrik.
Siri Remote (generasi pertama): Leret ke bawah pada permukaan sentuh untuk menunjukkan anak tetingkap Info, kemudian navigasi ke anak tetingkap Metrik.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Nyahaktifkan semua metrik: Nyahaktifkan Tunjukkan Metrik.
Metrik anda masih dikumpulkan, tetapi ia tidak dipaparkan pada skrin.
Tukar cara masa dipaparkan: Pilih Tidak Aktif, Tunjukkan Masa Berlalu, atau Tunjukkan Baki Masa.
Menyahaktifkan Masa masih menunjukkan pemasa untuk selang dalam latihan anda.
Nyahaktifkan Bar Bakar: Nyahaktifkan Bar Bakar.
Jika anda menyahaktifkan Bar Bakar, latihan anda tidak menyumbang kepada bar bakar komuniti dan anda tidak melihat kedudukan anda di hujung latihan anda.
Aktifkan kapsyen dan sari kata
Semua latihan dan meditasi Apple Fitness+ menyokong kapsyen standard, serta sari kata untuk orang yang pekak dan mempunyai masalah pendengaran (SDH). Selepas anda memilih latihan, anda boleh melihat jika ia menyertakan kapsyen tertutup dan SDH di bawah panjang, genre muzik dan tarikh ditambahkan.
Pada iPhone atau iPad: Semasa latihan, ketik , ketik Sari Kata, kemudian pilih bahasa.
Pada Apple TV: Semasa latihan, lakukan salah satu daripada berikut, bergantung pada alat kawalan jauh yang anda miliki:
Siri Remote (generasi ke-2): Tekan pada gelang pad klik atau leret ke bawah pada pad klik untuk menunjukkan anak tetingkap Info, kemudian navigasi ke anak tetingkap Sari Kata dan pilih bahasa.
Siri Remote (generasi pertama): Leret ke bawah pada permukaan sentuh untuk menunjukkan anak tetingkap Info, kemudian navigasi ke anak tetingkap Sari Kata dan pilih bahasa.
Muat turun panduan ini: Apple Books