iPhone dan Apple Watch menunjukkan skrin penyelarasannya.

Langkah pertama

Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Apple Watch anda dalam beberapa minit.

Lihat Mulakan

Skrin Latihan dengan latihan Berbasikal Luar diserlahkan.

Gerakkan badan anda

Apple Watch boleh menjejak aktiviti dan latihan anda dan menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang lebih aktif menerusi peringatan lembut dan pertandingan persahabatan.

Lihat Kekal sihat dengan Apple Watch

Skrin Kadar Jantung Tinggi menunjukkan pemberitahuan yang kadar jantung anda meningkat melebihi 120 BPM semasa anda tidak aktif selama 10 minit.

Jejak kesihatan anda

Apple Watch boleh membantu anda menjejak maklumat kesihatan yang penting, termasuk kitaran haid anda, kadar jantung tinggi dan rendah serta ritma jantung yang tidak tetap. Anda juga boleh mengambil rakaman ECG untuk menyemak ritma jantung anda menggunakan app ECG pada Apple Watch.

Lihat Jejak maklumat kesihatan penting dengan Apple Watch

Perbualan mesej. Butang App dan medan mesej berada di bahagian bawah.

Berhubung

Dengan app Mesej, Mail, Telefon dan Walkie-Talkie, mudah sahaja untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Lihat Kekal berhubung dengan Apple Watch

Untuk melayari Panduan Pengguna Apple Watch, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian. Anda juga boleh memuat turun panduan (jika tersedia).

Muat turun panduan ini: Apple Books

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.