Gunakan Apple Cash Keluarga pada Apple Watch ahli keluarga
Jika anda pengelola untuk kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan Apple Cash supaya kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan keluarga anda boleh menggunakan Apple Watch mereka untuk membuat pembelian dan menghantar serta menerima wang dalam Mesej. Malah, anda juga boleh mengehadkan orang yang anak anda boleh hantar wang, mendapat makluman apabila mereka membuat transaksi dan mengunci akaun mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan sistem dan cara mengurus akaun Apple Cash, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan dan gunakan Apple Cash Keluarga.
Nota: Apple Cash tidak tersedia di semua rantau dan disokong pada iPhone SE dan iPhone 6 serta lebih baharu. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang Apple Pay dan Apple Cash.
Sediakan Apple Cash Keluarga
Untuk menyediakan Apple Cash Keluarga, anda mestilah pengelola keluarga dan ahli keluarga yang anda mahu sediakan Apple Cash mestilah berumur bawah 18 tahun.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik Apple Cash, kemudian pilih kanak-kanak atau remaja.
Ketik Sediakan Apple Cash, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan akaun mereka.
Di A.S., ahli keluarga anda boleh hantar, terima dan minta wang serta gunakan Apple Pay untuk pembelian.
Urus Apple Cash pada Apple Watch ahli keluarga
Buka app Wallet pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam tersebut.
Ketik kad Apple Cash anda, kemudian ketik
.
Ketik nama di bawah Keluarga.
Sediakan pilihan yang berikut:
Pilih orang yang boleh dihantar wang oleh ahli keluarga anda.
Pilih untuk dimaklumkan apabila ahli keluarga anda membuat transaksi.
Ketik Hantar Wang untuk membuka app Mesej dan hantar wang dengan Apple Pay.
Ketik Kunci Apple Cash untuk mengelakkan ahli keluarga daripada membuat bayaran dengan Apple Pay atau menghantar dan menerima wang dalam app Mesej.
Untuk melihat transaksi ahli keluarga, ketik Transaksi pada skrin ini, atau buka app Wallet pada iPhone anda, kemudian ketik kad Apple Cash anda. Transaksi ahli keluarga anda kelihatan di bawah Transaksi terkini dan apabila anda mengetik Transaksi dalam [tahun].
Muat turun panduan ini: Apple Books