Hidupkan dan bangunkan Apple Watch
Anda boleh menghidupkan atau mematikan Apple Watch, melaraskan masa paparan bangun dan menyesuaikan tempoh paparan kekal aktif. Anda juga boleh mengesetkan Apple Watch untuk kembali ke app tertentu atau muka jam berdasarkan keutamaan anda.
Hidupkan Apple Watch anda
Tekan dan tahan butang sisi sehingga logo Apple kelihatan.
Muka jam kelihatan apabila Apple Watch diaktifkan.
Jika Apple Watch anda tidak boleh dihidupkan, ia mungkin perlu dicas atau anda perlu memaksanya untuk mula semula. Lihat artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda tidak boleh cas atau ia tidak boleh dihidupkan.
Pastikan muka jam anda kelihatan
Sentiasa Aktif membolehkan Apple Watch anda memaparkan muka jam dan masa, walaupun tangan anda tidak diangkat. Apabila tangan anda diangkat, Apple Watch berfungsi sepenuhnya.
Nota: Sentiasa Aktif tidak tersedia apabila Apple Watch anda dalam Mod Kuasa Rendah. Untuk melihat muka jam, ketik paparan.
Sentiasa Aktif tidak disokong pada Apple Watch SE (Generasi ke-2).
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Paparan & Kecerahan, kemudian ketik Sentiasa Aktif.
Aktifkan Sentiasa Aktif, kemudian konfigurasikan pilihan berikut:
Tunjukkan Data Komplikasi: Pilih komplikasi yang menunjukkan data apabila tangan anda diturunkan.
Tunjukkan Pemberitahuan: Pilih pemberitahuan yang kelihatan apabila tangan anda diturunkan.
Tunjukkan App: Pilih app yang kelihatan apabila tangan anda diturunkan.
Bangunkan paparan Apple Watch
Secara lalai, anda boleh membangunkan paparan Apple Watch dengan cara ini:
Angkat tangan anda. Apple Watch anda tidur semula apabila anda menurunkan tangan anda.
Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengangkat tangan anda, pastikan anda memilih orientasi tangan dan jam yang betul.
Ketik paparan.
Tekan atau putarkan Digital Crown.
Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengetik paparan atau menekan atau memutar Digital Crown, ia mungkin perlu dicas.
Untuk melaraskan seting paparan, pergi ke app Seting , ketik Paparan & Kecerahan, kemudian lakukan mana-mana pilihan berikut:
Kekalkan paparan lebih lama apabila anda membangunkan Apple Watch: Ketik Tempoh Bangun, kemudian ketik Bangun selama 70 Saat.
Halang Apple Watch anda daripada bangun apabila anda mengangkat tangan anda: Nyahaktifkan Bangun bila Tangan Diangkat.
Petua: Untuk menghalang Apple Watch anda daripada bangun apabila mengangkat tangan anda buat sementara, aktifkan Mod Pawagam.
Halang Apple Watch daripada bangun apabila anda memutarkan Digital Crown: Nyahaktifkan Bangun apabila Mahkota Diputar.
Setkan Apple Watch untuk kembali ke app terakhir yang anda gunakan
Untuk sesetengah app, anda boleh setkan Apple Watch untuk kembali ke tempat anda berada sebelum ia tidur. App ini termasuklah Buku Audio, Peta, Sedar Minda, Muzik, Kini Dimainkan, Podcast, Jam Randik, Pemasa, Memo Suara, Walkie-Talkie dan Latihan.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Umum, ketik Kembali ke Jam, skrol ke bawah dan ketik app, kemudian aktifkan Kembali ke App.
Untuk kembali ke muka jam, hanya hentikan aktiviti anda dalam app—contohnya hentikan podcast, tamatkan laluan dalam Peta, atau batalkan pemasa.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian ketik Kembali ke Jam.
Kembali ke muka jam apabila tidak aktif
Anda boleh memilih panjang masa sebelum Apple Watch kembali ke muka jam daripada app terbuka.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Umum, ketik Kembali ke Jam, kemudian pilih masa yang anda mahu Apple Watch anda kembali ke muka jam: Sentiasa, Selepas 2 minit, atau Selepas 1 jam.
Anda juga boleh kembali ke muka jam dengan menekan Digital Crown.
Secara lalai, seting yang anda pilih digunakan pada semua app, tetapi anda boleh memilih masa tersuai untuk setiap app. Untuk berbuat demikian, ketik app pada skrin ini, ketik Tersuai, kemudian pilih seting.
Nyahaktifkan Apple Watch
Anda tidak boleh menyahaktifkan Apple Watch anda semasa ia mengecas; untuk menyahaktifkan Apple Watch anda, putuskan sambungan daripada pengecas terlebih dahulu.
Tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar kelihatan.
Ketik
di bahagian atas kanan, kemudian seret gelangsar Matikan ke kanan.
Petua: Apabila Apple Watch anda dinyahaktifkan, anda boleh menekan dan menahan Digital Crown untuk melihat masa.