Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Sambungkan Apple Watch ke fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda boleh memainkan audio daripada Apple Watch pada fon kepala atau speaker Bluetooth.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods yang anda sediakan dengan iPhone anda, ianya sedia untuk digunakan bersama Apple Watch anda—hanya tekan main.
Pasangkan fon kepala atau speaker Bluetooth
Ikuti arahan yang disertakan dengan fon kepala atau speaker untuk memasukkannya dalam mod penemuan. Apabila peranti Bluetooth sedia, ikut langkah ini:
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch, kemudian ketik Bluetooth.
Ketik peranti apabila ia kelihatan.
Anda juga boleh mengetik pada skrin main app Buku Audio, Muzik, Kini Dimainkan dan Podcast untuk membuka seting AirPlay.
Pantau dan laraskan kelantangan fon kepala anda
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Semasa mendengar fon kepala anda, ketik
.
Meter menunjukkan kelantangan fon kepala semasa.
Ketik kawalan kelantangan di bawah Kelantangan Fon Kepala atau ketik gelangsar, kemudian putar Digital Crown untuk melaras.
Kurangkan bunyi kuat
Apple Watch boleh mengehadkan kelantangan audio fon kepala anda ke paras desibel yang disetkan.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke Bunyi & Haptik > Keselamatan Fon Kepala, kemudian ketik Kurangkan Bunyi Kuat.
Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian setkan paras.
Lihat pemberitahuan audio fon kepala yang kuat
Jika anda mendengar audio lantang menerusi fon kepala anda untuk masa yang lama sehingga boleh menjejaskan pendengaran anda, Apple Watch menghantar pemberitahuan fon kepala dan menurunkan kelantangan ke paras yang lebih sederhana secara lalai untuk melindungi pendengaran anda.
Untuk melihat butiran tentang pemberitahuan fon kepala, ikuti langkah ini:
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke Bunyi & Haptik > Keselamatan Fon Kepala, kemudian ketik 6 Bulan Terakhir di bawah Pemberitahuan Fon Kepala.
Anda juga boleh membuka app kesihatan pada iPhone anda, , ketik Pendengaran, ketik Pemberitahuan Fon Kepala, kemudian ketik pemberitahuan.