Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Mainkan buku audio pada Apple Watch
Anda boleh menggunakan app Buku Audio untuk memainkan buku audio daripada Apple Books.

Tambah buku audio untuk pendengaran luar talian
Muat turun buku audio untuk memainkannya apabila Apple Watch tidak disambungkan ke iPhone anda atau internet.
Pergi ke app Apple Watch
pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Buku Audio.
Ketik Tambah Buku Audio, kemudian ketik tajuk.
Jika ruang storan tersedia, seluruh buku audio yang anda sedang dengar—serta buku audio dalam senarai Ingin Baca—diselaraskan ke Apple Watch anda secara automatik. Selain itu, lima jam daripada setiap buku audio yang anda tambah juga dimuat turun apabila terdapat ruang tersedia. Buku audio diselaraskan ke Apple Watch apabila ia disambungkan ke sumber kuasa.
Mainkan buku audio yang disimpan pada Apple Watch
Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Mainkan buku audio ‘Redwood Court’”. Lihat Minta Siri untuk memainkan audio.
Atau tanpa menggunakan Siri:
Pergi ke app Buku Audio
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk melayari.
Ketik buku audio untuk memainkannya.
Strim buku audio daripada iPhone anda
Anda boleh menstrim buku audio ke Apple Watch anda jika ia berdekatan dengan iPhone anda atau bersambung ke internet. Mainkan tajuk dalam pustaka Apple Books anda atau tajuk yang dibeli oleh ahli kumpulan Perkongsian Keluarga Apple anda (jika perkongsian pembelian diaktifkan). Lihat Kongsi pembelian App Store, Apple TV dan Apple Books dengan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.
Pergi ke app Buku Audio
pada Apple Watch anda.
Ketik
untuk pergi ke skrin Buku Audio.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Mainkan buku audio dalam pustaka anda: Ketik Pustaka, kemudian ketik buku audio.
Mainkan buku audio yang dibeli oleh ahli keluarga: Ketik Keluarga, kemudian ketik buku audio.
Kawal main balik

Pergi ke app Buku Audio
pada Apple Watch anda.
Semasa memainkan buku audio, putar Digital Crown untuk melaraskan kelantangan.
Gunakan mana-mana kawalan berikut:
Main: Ketik
.
Jeda: Ketik
.
Langkau ke depan atau belakang 15 saat: Ketik
atau
.
Pilih bab: Ketik
, kemudian ketik Trek.
Laraskan kelajuan main balik: Ketik
, kemudian ketik
untuk memperlahankan atau
untuk melajukan.
Tukar output audio: Ketik
, ketik AirPlay, kemudian pilih peranti. Anda boleh memilih iPhone berpasangan, AirPods, fon kepala atau speaker Bluetooth, atau speaker Apple Watch berpasangan anda (model disokong). Lihat Pilih destinasi audio.
Untuk menyembunyikan kawalan, tekan Digital Crown.