Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Rakam elektrokardiogram dengan app ECG pada Apple Watch
Apple Watch mempunyai sensor kadar jantung elektrik yang, bersama dengan app ECG, membolehkan anda mengambil elektrokardiogram (atau ECG). Untuk menggunakan app ECG, kemas kini iPhone 11 atau lebih baharu atau iPhone SE (generasi ke-2 atau lebih baharu) anda kepada versi terkini iOS dan Apple Watch kepada versi terkini watchOS.
Nota: App ECG tidak tersedia pada Apple Watch SE 3 atau di semua negara atau rantau.
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda, kemudian ikut langkah pada skrin untuk menyediakan ECG.
Jika anda tidak melihat gesaan untuk disediakan, ketik Layari di bahagian kanan bawah, ketik Jantung, kemudian ketik Elektrokardiogram (ECG).
Pergi ke app ECG
pada Apple Watch anda.
Letakkan tangan anda di atas meja atau di riba anda.
Dengan tangan bertentangan dengan jam anda, tahan jari anda pada Digital Crown, kemudian tunggu sementara Apple Watch merakam ECG.
Anda tidak perlu menekan Digital Crown semasa sesi.
Pada akhir rakaman, anda akan menerima pengelasan. Anda kemudian boleh mengetik Tambah Simptom dan memilih simptom anda. Ketik Simpan untuk mencatat sebarang simptom, kemudian ketik Selesai. Untuk melihat hasil anda pada iPhone, pergi ke app Kesihatan pada iPhone, ketik Layari di bahagian kanan bawah, ketik Jantung, kemudian ketik Eletrokardiogram (ECG).
Penting: Untuk memastikan pembacaan terbaik selepas berenang, mandi, berpeluh banyak atau mencuci tangan anda, bersihkan dan keringkan Apple Watch anda. Mungkin mengambil masa 1 jam atau lebih untuk Apple Watch kering sepenuhnya. ECG direka bentuk untuk berfungsi antara 32 dan 95 °F (0 dan 35 °C).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang app ECG, lihat artikel Sokongan Apple Ambil ECG dengan app ECG pada Apple Watch dan dokumen Arahan Penggunaan (IFU) App Elektrokardiogram (ECG).