Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan Pasang Surut pada Apple Watch
Gunakan app Pasang Surut pada Apple Watch anda untuk merancang dan menikmati aktiviti pantai serta kekal termaklum tentang keadaan air pasang surut dalam tempoh tujuh hari.
Nota: Ketersediaan ciri Pasang Surut mungkin berbeza bergantung pada negara atau rantau anda.
AMARAN: App Pasang Surut memaparkan atau menggunakan maklumat daripada pihak ketiga yang mungkin tidak tersedia, tidak tepat atau tidak lengkap, dan bukan bertujuan untuk dipercayai dalam situasi yang maklumat tidak tepat boleh menyebabkan kematian, kecederaan peribadi atau kerosakan alam sekitar yang teruk.
Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Hai Siri, apakah paras air pasang surut semasa?” Lihat Jejak kesihatan dan kecergasan anda dengan Siri.
Tambah dan keluarkan lokasi

Pergi ke app Pasang Surut
pada Apple Watch anda.
Ketik
, kemudian ketik
.
Ketik
, masukkan perkara yang anda cari, kemudian ketik Cari.
Nota: Anda juga boleh melihat lokasi berdekatan dalam paparan Peta.
Ketik lokasi untuk menambahnya.
Untuk mengeluarkan lokasi, leret ke kiri pada namanya dalam senarai lokasi, kemudian ketik .
Lihat butiran lokasi
Dengan app Pasang Surut, anda boleh melihat ringkasan keadaan pasang surut yang berubah.
Pergi ke app Pasang Surut
pada Apple Watch anda.
Ketik lokasi, kemudian ketik ringkasan pasang surut di bahagian bawah skrin untuk melihat metrik cuaca pantai berikut:
Pasang Surut: Menunjukkan paras pasang surut semasa dan pasang surut yang akan datang.
Alun: Menunjukkan ketinggian alun, arah, tempoh dan suhu air.
Nota: Alun dan suhu air tidak tersedia di semua lokasi.
Cuaca: Menunjukkan suhu semasa, indeks UV dan keterlihatan.
Angin: Menunjukkan kelajuan dan arah angin.
Matahari Terbit dan Terbenam: Menunjukkan masa matahari terbit dan terbenam, dan masa Subuh dan Senja.
Amaran Buruk: Menunjukkan butiran amaran cuaca buruk
Nota: Amaran cuaca buruk tidak tersedia untuk semua lokasi.
Untuk melihat lokasi dalam app Peta , ketik Buka dalam Peta.
Untuk melihat lokasi dalam app Cuaca , ketik Buka dalam Cuaca.
Semak pasang surut
Apabila anda mengetik lokasi, anda boleh menskrol menerusi maklumat pasang surut bagi tujuh hari. Anda boleh melihat ekstremum pasang surut, anggaran air pasang dan surut, matahari terbit dan terbenam serta banyak lagi.

Pergi ke app Pasang Surut
pada Apple Watch anda.
Ketik
, kemudian ketik lokasi.
Putar Digital Crown untuk melihat anggaran bagi air pasang, air pasang tinggi, matahari terbenam dan banyak lagi.
Apabila anda selesai, ketik
.