Dengar dan balas pemberitahuan masuk dengan AirPods dan fon kepala Beats pada Apple Watch
Siri boleh membacakan pemberitahuan masuk daripada banyak app tanpa perlu membuka kunci iPhone anda semasa anda menggunakan AirPods dan fon kepala Beats disokong. Siri mengelak daripada mengganggu anda dan mendengar selepas membaca pemberitahuan supaya anda boleh membalas tanpa menyebut “Hai Siri”.
Aktifkan Umumkan Pemberitahuan
Pakai fon kepala dipasangkan anda pada telinga atau dalam telinga anda, bergantung pada jenis fon kepala yang anda miliki.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Siri > Umumkan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Umumkan Pemberitahuan.
Anda juga boleh membuka app Seting pada iPhone anda, pergi ke Pemberitahuan > Umumkan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Umumkan Pemberitahuan.
Petua: Siri juga boleh membaca pemberitahuan belum dibaca anda dalam Pusat Pemberitahuan—sama ada menerusi speaker Apple Watch atau fon kepala yang disambungkan menerusi Bluetooth. Hanya sebut “Baca pemberitahuan saya”.
Pilih app untuk pemberitahuan
Anda boleh memilih app yang dibenarkan untuk mengumumkan pemberitahuan.
Pakai fon kepala dipasangkan anda pada telinga atau dalam telinga anda, bergantung pada jenis fon kepala yang anda miliki.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Siri > Umumkan Pemberitahuan, leret ke bawah, kemudian ketik app yang anda mahukan pemberitahuan audio.
Nyahaktifkan Umumkan Pemberitahuan buat sementara
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik .
Ketik lagi untuk mengaktifkannya.
Nota: Butang Umumkan Pemberitahuan dinyahdayakan apabila anda mengeluarkan AirPods.
Balas mesej
Sebut sesuatu seperti “Balas ini berita baik”.
Siri mengulangi perkara yang anda sebut, kemudian meminta pengesahan sebelum menghantar balasan anda. (Untuk menghantar balasan tanpa menunggu pengesahan, buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Siri > Umumkan Pemberitahuan, skrol ke bawah, kemudian aktifkan Balas tanpa Pengesahan.)
Hentikan Siri daripada membaca pemberitahuan
Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Sebutkan sesuatu seperti “Berhenti” atau “Batal”.
Tekan Digital Crown (AirPods Max).
Nota: Semasa mendengar pemberitahuan, anda boleh memutar Digital Crown untuk menukar kelantangan.
Tekan salah satu Force Sensor (AirPods Pro dan AirPods 3).
Dwiketik salah satu AirPods 2 anda.
Keluarkan salah satu AirPods anda (AirPods Pro, AirPods 2 dan AirPods 3).
Jika anda tidak mengaktifkan Umumkan Pemberitahuan semasa anda menyediakan AirPods anda, buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Siri > Umumkan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Umumkan Pemberitahuan.