Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Lihat seting dan storan app pada Apple Watch
Pada Apple Watch, anda boleh melihat dan melaraskan seting untuk app individu, semak jumlah ruang storan yang app anda gunakan dan konfigurasi pengehadan Masa Skrin serta privasi yang dikongsi antara Apple Watch dan iPhone anda.
Tukar seting app
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik App, kemudian skrol ke bawah untuk melihat app yang anda pasang.
Ketik app untuk menukar seting.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, skrol ke bawah ke app, kemudian ketik app untuk menukar seting app. Sesetengah seting hanya boleh ditukar dalam app Apple Watch pada iPhone anda.
Tukar seting Masa Skrin, kandungan dan privasi
Sesetengah seting dikongsi antara Apple Watch dan iPhone anda. Jika anda menukarnya pada iPhone anda, perubahan yang sama digunakan pada Apple Watch anda.
Untuk melaraskan seting ini, gunakan iPhone anda.
Pergi ke app Seting pada iPhone anda.
Tukar mana-mana seting yang berikut:
Privasi Keselamatan: Aktifkan atau nyahaktifkan ciri seperti Perkhidmatan Lokasi, Analitis, Kenalan dan Kesihatan.
Masa Skrin: Ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi, kemudian laraskan sebarang pengehadan.
Semak storan yang digunakan oleh app
Anda boleh melihat jumlah storan yang digunakan, baki yang tinggal dan jumlah yang digunakan oleh setiap app pada Apple Watch.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Umum, kemudian ketik Storan.
Anda juga boleh menyemak storan pada iPhone anda—pergi ke app Apple Watch , ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian ketik Storan.