Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Taip untuk bercakap menggunakan Pertuturan Langsung pada Apple Watch
Dengan Pertuturan Langsung, anda boleh menaip dan membacakan perkataan anda dengan lantang, secara bersemuka dan semasa panggilan telefon dan audio FaceTime.
Sediakan Pertuturan Langsung
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > Pertuturan Langsung, kemudian aktifkan Pertuturan Langsung.
Ketik Suara, pilih suara, kemudian ketik Sebut Sampel untuk mendengarnya.
Untuk menggunakan suara, ketik Muat Turun [nama suara], kemudian ketik Gunakan Suara.
Untuk menyediakan Pintasan Kebolehcapaian untuk mengaktifkan Pertuturan Langsung, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih Pertuturan Langsung.
Taip untuk bercakap
Klik Digital Crown tiga kali, pilih Pertuturan Langsung jika anda mempunyai lebih daripada satu pintasan kebolehcapaian didayakan, kemudian taipkan perkara yang anda mahu sebutkan atau pilih frasa kegemaran.
Petua: Tambah frasa yang paling kerap digunakan supaya anda boleh mengaksesnya dengan cepat. Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Pertuturan Langsung, kemudian ketik Frasa Kegemaran.
Ketik Hantar untuk membuatkan frasa anda dituturkan.
Orang mendengar perkataan anda yang dituturkan dalam perbualan jika anda sedang dalam panggilan telefon atau panggilan audio FaceTime. Jika tidak, ia akan keluar daripada speaker pada Apple Watch anda.
Gunakan Suara Peribadi anda dengan Pertuturan Langsung
Dengan Suara Peribadi, anda boleh mencipta suara disintesiskan yang kedengaran seperti suara anda sendiri untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan. Gunakan Suara Peribadi anda bagi taip untuk bercakap dalam panggilan FaceTime dan telefon, app komunikasi bantuan dan perbualan secara bersemuka. Selepas anda mencipta Suara Peribadi pada iPhone, iPad atau Mac, anda boleh memilih untuk menggunakan suara tersebut dengan Pertuturan Langsung pada Apple Watch anda. (Tersedia dalam bahasa terpilih.)
Untuk menggunakan Suara Peribadi anda pada Apple Watch:
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > Pertuturan Langsung.
Ketik Inggeris (AS), kemudian pilih Suara Peribadi anda.
Penting: Anda hanya boleh menggunakan Suara Peribadi untuk mencipta suara pada iPhone, iPad atau Mac anda yang kedengaran seperti anda menggunakan suara anda sendiri untuk kegunaan peribadi anda dan bukan komersial.