Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Bangunkan dan buka kunci Apple Watch
Bangunkan paparan Apple Watch, kemudian sesuaikan tempoh masa ia kekal aktif sebelum dikunci secara automatik. Apple Watch menggunakan kod laluan untuk memastikan maklumat peribadi anda selamat. Anda boleh membuka kunci Apple Watch secara manual atau mengesetkannya untuk membuka kunci secara automatik apabila anda membuka kunci iPhone anda.
Bangunkan paparan Apple Watch
Secara lalai, paparan Apple Watch bangun apabila anda melakukan perkara berikut:
Angkat tangan anda. Apple Watch anda tidur semula apabila anda menurunkan tangan anda.
Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengangkat tangan anda, pastikan anda memilih orientasi tangan dan jam yang betul.
Ketik paparan.
Tekan atau putarkan Digital Crown.
Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengetik paparan atau menekan atau memutar Digital Crown, ia mungkin perlu dicas.
Buka kunci Apple Watch
Masukkan kod laluan: Bangunkan Apple Watch, kemudian masukkan kod laluan jam.
Buka kunci Apple Watch apabila anda membuka kunci iPhone anda: Pergi ke app Apple Watch
pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Kod Laluan, kemudian aktifkan Buka Kunci dengan iPhone.
iPhone anda mestilah berada dalam lingkungan Bluetooth normal (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter) daripada Apple Watch anda untuk buka kunci. Jika Bluetooth dinyahaktifkan pada Apple Watch, masukkan kod laluan pada jam anda untuk membuka kunci.
Tukar masa Apple Watch dikunci secara automatik
Dengan Pengesanan Tangan, Apple Watch anda dikunci secara automatik apabila anda tidak memakainya. Secara lalai, Pengesanan Tangan diaktifkan.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Kod Laluan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pengesanan Tangan.
Menyahaktifkan Pengesanan Tangan akan mempengaruhi ciri Apple Watch ini:
Apabila anda menggunakan Apple Pay pada Apple Watch, anda digesa untuk memasukkan kod laluan anda apabila anda dwiklik butang sisi untuk membenarkan bayaran.
Sesetengah ukuran Aktiviti tidak tersedia.
Penjejakan dan pemberitahuan kadar jantung dinyahaktifkan.
Apple Watch tidak lagi dikunci dan dibuka kunci secara automatik.
Apple Watch tidak membuat panggilan kecemasan secara automatik walaupun selepas ia mengesan kejatuhan impak tinggi.
Kunci secara manual
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik
.
Anda mesti memasukkan kod laluan anda pada kali seterusnya anda cuba menggunakan Apple Watch anda.