Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Ketahui masa dengan maklum balas haptik pada Apple Watch
Masa Taptik memberitahu anda masa semasa sebagai ketikan pada pergelangan tangan anda—tanpa orang lain mendengarnya.
Sediakan Masa Taptik
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Jam, skrol ke bawah, kemudian ketik Masa Taptik.
Aktifkan Masa Taptik, kemudian pilih corak yang anda mahu Masa Taptik gunakan.
Digit: Mentafsirkan jam dan minit dengan menggunakan ketikan panjang untuk sepuluh dan ketikan pendek untuk satu.
Sebagai contoh, dua ketikan panjang dan tiga ketikan pendek, diikuti oleh tiga ketikan panjang dan empat ketikan pendek, bermaksud 23:34 atau 11:34 mlm.
Singkat: Mentafsirkan masa yang tepat kepada tempoh 15 minit; kurang tepat berbanding Digit. Ia menggunakan ketikan panjang untuk menandakan 5 jam telah berlalu sejak tengah malam, diikuti dengan ketikan pendek untuk jam selebihnya, kemudian ketikan panjang lagi untuk setiap suku jam.
Sebagai contoh, tiga ketikan panjang, empat ketikan pendek dan dua ketikan panjang akan ditafsirkan kepada masa antara 19:30 (7:30 ptg) dan 19:44 (7:44 ptg).
Kod Morse: Mengetik setiap digit masa semasa dalam Kod Morse. Ini berguna untuk orang yang mengetahui sistem pengekodan ini.
Jika VoiceOver aktif, aktifkan Masa Taptik dengan mendwiketik muka jam semasa paparan tidak aktif.
Anda juga boleh mengkonfigurasi Masa Taptik pada iPhone. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone, ketik Jam Saya, pergi ke Jam > Masa Taptik, kemudian aktifkannya.
Nota: Masa Taptik dinyahdayakan jika Apple Watch disetkan untuk sentiasa menyebut masa. Untuk boleh menggunakan Masa Taptik, pertama sekali pergi ke Seting > Jam, kemudian aktifkan Kawalan Dengan Mod Senyap di bawah Sebut Masa.
Gunakan Masa Taptik
Apabila Masa Taptik diaktifkan, sentuh dan tahan dua jari pada muka jam untuk merasa masa semasa sebagai ketikan pada pergelangan tangan anda.