Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan peringatan pada Apple Watch
Dalam app Peringatan, anda boleh mengesetkan peringatan, membuat senarai barang runcit, mencipta senarai semak dan menyusun senarai tugas. Dengan iCloud, anda boleh memastikan peringatan anda dikemas kini pada semua peranti anda.
Pastikan peringatan anda terkini pada semua peranti anda dengan iCloud
Peringatan iCloud anda—dan sebarang perubahan yang anda lakukan padanya—kelihatan pada iPhone anda dan peranti lain yang berpasangan yang anda daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Untuk mengetahui cara menyediakan app Peringatan pada iPhone anda, lihat Bermula dengan Peringatan dalam Panduan Pengguna iPhone.
Lihat senarai
Pergi ke app Peringatan
pada Apple Watch anda.
Ketik senarai untuk membukanya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tandakan item sebagai lengkap: Ketik
bersebelahan item. Atau ketik peringatan, kemudian ketik Tandakan sebagai Selesai.
Sembunyikan atau tunjukkan peringatan selesai: Ketik Pilihan Paparan, kemudian pilih pilihan.
Kembali ke paparan senarai: Ketik
di penjuru kiri atas.
Tambah item ke senarai
Pergi ke app Peringatan
pada Apple Watch anda.
Skrol ke bahagian bawah senarai, kemudian ketik Tambah Peringatan.
Edit item
Anda boleh mengedit butiran—seperti menambah nota, tarikh, masa, lokasi, tag, bendera dan keutamaan—atau alihkan item ke senarai berbeza.
Pergi ke app Peringatan
pada Apple Watch anda.
Ketik peringatan yang anda mahu edit, kemudian ketik Edit.
Padam item
Pergi ke app Peringatan
pada Apple Watch anda.
Leret kiri pada item yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Jika anda menukar fikiran, anda boleh memulihkan item. Pada iPhone anda, buka app Peringatan, pergi ke senarai Terbaru Dipadam, leret kiri pada item, kemudian ketik Alih dan pilih folder.