Tulis mesej pada Apple Watch
Anda boleh mengarang, mengedit dan menyahhantar mesej, menghantar pelekat, GIF dan kandungan kaya lain serta berkongsi lokasi anda.
Mulakan perbualan pada Apple Watch
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Ketik
di bahagian atas skrin.
Ketik Tambah Kenalan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih kenalan terbaharu: Ketik kenalan daripada senarai perbualan terbaharu.
Sebutkan nama kenalan atau rencanakan nombor telefon: Ketik
.
Pilih daripada senarai penuh kenalan anda: Ketik
.
Masukkan nombor telefon: Ketik
.
Ketik Cipta Mesej, kemudian rencanakan, taipkan atau coretkan mesej anda.
Ketik Selesai, kemudian ketik Hantar.
Hantar pelekat, imej GIF, klip audio, kesan Digital Touch dan banyak lagi
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Dalam perbualan mesej, ketik
, kemudian pilih pilihan.
Hantar lokasi anda
Anda boleh menghantar pin ke lokasi semasa anda atau berkongsi lokasi anda yang dikemas kini secara automatik selama satu jam, hingga penghujung hari atau selama-lamanya.
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Dalam perbualan mesej, ketik
, kemudian ketik Lokasi.
Ketik Kongsi, kemudian pilih pilihan.
Edit mesej yang telah dihantar
Anda boleh mengedit mesej terbaru dihantar sehingga lima kali dalam tempoh 15 minit menghantarnya.
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Pilih perbualan dengan mesej yang anda mahu edit.
Sentuh dan tahan gelembung mesej, kemudian ketik Edit.
Buat sebarang perubahan, kemudian ketik Selesai untuk menghantar semula dengan pengeditan.
Nota: Mesej ditandakan sebagai Diedit dalam transkrip perbualan.
Gelembung mesej dikemas kini untuk menunjukkan pengeditan anda pada peranti penerima dan anda berdua boleh mengetik Diedit untuk melihat versi mesej anda yang sebelumnya.
Jika orang yang anda mesej menggunakan peranti dengan iOS 15.7, iPadOS 15.7, macOS 12.6, watchOS 9 atau lebih awal, mereka akan menerima mesej susulan dengan pendahuluan “Diedit kepada” dan mesej baharu anda dalam tanda petikan. Mesej yang dihantar dengan SMS tidak boleh diedit.
Nyahhantar mesej
Anda boleh membuat asal mesej terbaru dihantar sehingga 2 minit selepas menghantarnya.
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Sentuh dan tahan gelembung mesej, kemudian ketik Buat Asal Hantar.
Nota yang mengesahkan bahawa anda nyahhantar mesej kelihatan dalam kedua-dua transkrip perbualan: anda dan penerima anda.
Menyahhantar akan mengeluarkan mesej daripada peranti penerima.
Jika orang yang anda mesej menggunakan peranti dengan iOS 15.7, iPadOS 15.7, macOS 12.6, watchOS 9 atau lebih awal, mesej awal kekal dalam perbualan. Apabila anda menyahhantar mesej, anda akan dimaklumkan bahawa penerima mungkin masih melihat mesej asal dalam transkrip mesej.