Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Terjemah mesej pada Apple Watch
Dengan Apple Intelligence pada iPhone berpasangan, anda boleh menggunakan Terjemahan Langsung untuk mesej teks pada Apple Watch. Terjemahan Langsung disepadukan dalam app Mesej dan menggunakan model dibina Apple yang berjalan keseluruhannya pada peranti, jadi perbualan peribadi anda kekal peribadi.
Nota: Terjemahan Langsung dalam Mesej tersedia dalam bahasa yang disokong Apple Intelligence apabila Apple Watch anda berpasangan dengan iPhone didayakan Apple Intelligence. Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.*
Muat turun bahasa
Sebelum menggunakan ciri Terjemahan Langsung dalam app Mesej, anda perlu memuat turun bahasa input dan output.
Nota: Semasa menggunakan Apple Watch dengan perkhidmatan selular, caj data selular mungkin dikenakan.
Terjemah mesej
Terjemahan kelihatan sebaris secara automatik apabila anda mengaktifkan Apple Intelligence pada iPhone berpasangan anda dan menerima teks dalam bahasa lain.
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Dalam perbualan Mesej, ketik ikon kenalan di bahagian kanan atas.
Aktifkan Terjemah Auto, kemudian pilih bahasa yang anda mahu terjemah.
Nota: Apabila anda menerima mesej dalam bahasa berbeza, anda menerima gesaan untuk mengaktifkan Terjemahan Langsung.
Untuk melihat teks asal, ketik bahasa di bahagian bawah perbualan, kemudian pilih untuk melihat teks asal di samping teks diterjemah.
Pilih bahasa yang berbeza
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Ketik perbualan, kemudian ketik ikon kenalan di bahagian kanan atas.
Skrol ke bawah, ketik Terjemah Daripada atau Terjemah Kepada, kemudian pilih bahasa.
Nyahaktifkan Terjemahan Langsung untuk perbualan
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Ketik perbualan, kemudian ketik bahasa di bahagian bawah perbualan.
Ketik Henti Menterjemah.
Untuk mula menterjemah lagi, ketik ikon kenalan di bahagian kanan atas, skrol ke bawah, kemudian aktifkan Terjemah Auto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Apple Intelligence dan privasi, lihat Apple Intelligence dan privasi pada iPhone.