Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver
VoiceOver boleh membantu anda menyediakan Apple Watch anda dan memasangkannya dengan iPhone anda. Untuk membolehkan VoiceOver bertutur, sentuh dan tahan paparan, kemudian gerakkan jari anda di sekeliling atau leret ke kiri atau kanan. Dwiketik untuk mengaktifkan item yang diserlahkan. Lihat Gunakan VoiceOver.
Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver
Jika Apple Watch anda tidak dihidupkan, hidupkannya dengan menahan butang sisi.
Pada Apple Watch anda, aktifkan VoiceOver dengan mengklik tiga kali Digital Crown.
Dekatkan iPhone anda dengan Apple Watch anda.
Pada iPhone anda, pilih Teruskan, kemudian dwiketik.
Pada iPhone anda, ketik Sediakan Apple Watch, kemudian dwiketik.
Untuk mencuba berpasangan automatik, halakan kamera iPhone ke jam dalam jarak 6 inci.
Apabila anda mendengar pengesahan berpasangan, ikuti gesaan dituturkan untuk melengkapkan persediaan Apple Watch anda. Jika anda mengalami kesukaran, ikuti langkah 7 hingga 13 untuk melengkapkan persediaan secara manual.
Pada iPhone anda, pilih butang Pasangkan Apple Watch Secara Manual, kemudian dwiketik.
Pada Apple Watch anda, pilih butang Info di penjuru kanan bawah, kemudian dwiketik.
Pada Apple Watch anda, pilih ID Apple Watch anda berhampiran bahagian atas skrin. Anda akan mendengar pengecam unik untuk Apple Watch anda—ia seperti “Apple Watch 52345”.
Pada iPhone anda, pilih pengecam yang sama ini, kemudian dwiketik.
Pilih kod berpasangan enam digit pada Apple Watch anda untuk mendengarnya.
Masukkan kod berpasangan daripada Apple Watch anda pada iPhone anda menggunakan papan kekunci.
Apabila pemasangan berjaya, anda akan merasakan ketikan daripada Apple Watch dan mendengar “Apple Watch anda dipasangkan”. Jika pemasangan gagal, ketik untuk membalas isyarat. Apple Watch anda dan app Apple Watch pada iPhone anda akan reset supaya anda boleh cuba lagi.
Pada iPhone anda, pilih Pulihkan daripada Sandaran atau Sediakan sebagai Apple Watch Baharu, kemudian dwiketik.
Apabila anda melengkapkan persediaan, Apple Watch diselaraskan dengan iPhone anda. Ini mengambil sedikit masa—ketik Kemajuan Penyelarasan pada iPhone anda untuk mendengar kemajuan. Apabila anda mendengar “penyelarasan selesai” Apple Watch anda sedia digunakan, memaparkan muka jam. Leret ke kiri atau kanan untuk menerokai ciri muka jam.