Aktifkan Siren pada model Apple Watch Ultra
Model Apple Watch Ultra mempunyai siren terbina dalam yang mengeluarkan corak bunyi keamatan tinggi untuk memanggil pertolongan dalam kes kecemasan. Jam anda juga mengetik pergelangan tangan anda semasa siren dibunyikan.
AMARAN: Jika boleh, jangan aktifkan siren berdekatan dengan telinga anda atau dalam persekitaran tertutup.
![Siren mengira detik. Berdekatan bahagian atas ialah cas bateri, di bahagian tengah ialah butang Main dan di bahagian bawah ialah gelangsar Panggilan Kecemasan.](https://help.apple.com/assets/66EB570C5CD5ADE4100A0BB8/66EB5721582E0507800DC162/ms_MY/e258a3cb1b3404444482aeda8c13232d.png)
Aktifkan siren dengan butang Tindakan pada model Apple Watch Ultra
Tekan dan tahan butang Tindakan, kemudian tunggu kira detik selesai.
Apple Watch Ultra akan terus memancarkan bunyi dan mengetik pergelangan tangan anda sehingga anda menyahaktifkan siren dengan mengetik
atau bateri pada Apple Watch Ultra kehabisan kuasa.
Nota: Untuk menghalang siren daripada berbunyi apabila anda menahan butang Tindakan, pergi ke app Seting , ketik butang Tindakan, kemudian nyahaktifkan Tahan untuk Mengaktifkan (di bawah Siren).
Cara lain untuk mengaktifkan siren pada model Apple Watch Ultra
Di samping menggunakan butang Tindakan, anda boleh mengaktifkan siren dengan sebarang kaedah berikut:
Butang sisi: Tekan dan tahan butang sisi, kemudian seret gelangsar Siren ke kanan.
App Siren: Pergi ke app Siren
pada Apple Watch anda, kemudian ketik
.
Siri: Sebut “Mulakan siren”, kemudian ketik
.