Gunakan Penjejakan Kitaran pada Apple Watch
Gunakan app Penjejakan Kitaran untuk melog butiran tentang kitaran haid anda. Anda boleh menambah maklumat aliran dan merekod simptom seperti sakit kepala atau kekejangan. Menggunakan maklumat yang anda log, app Penjejakan Kitaran boleh memberi anda isyarat apabila ia meramalkan bahawa tempoh haid atau kesuburan anda yang seterusnya akan bermula. Selain daripada untuk menggunakan data yang anda telah log, Penjejakan Kitaran juga boleh menggunakan data kadar jantung untuk meningkatkan ramalan. Jika anda memakai Apple Watch untuk tidur setiap malam, app boleh menggunakan suhu pergelangan tangan (pada model disokong) untuk meningkatkan ramalan haid dan memberikan anggaran ovulasi retrospektif. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone dan artikel Sokongan Apple Jejak tempoh haid anda dengan Penjejakan Kitaran.
Siri: Pada model disokong, sebut sesuatu seperti: “Log yang haid saya bermula hari ini”. (Tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau.)
Nota: App Kesihatan direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi. Ketahui lebih lanjut tentang cara app Kesihatan dibina untuk memastikan data anda selamat dan melindungi privasi anda.
Sediakan Penjejakan Kitaran pada iPhone atau iPad
Pergi ke app Kesihatan pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone: Ketik Layari, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Pada iPad: Ketik bar sisi, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Ketik Mulakan, kemudian ikut arahan pada skrin untuk mengesetkan pemberitahuan dan pilihan lain.
Untuk menambah atau mengeluarkan pilihan selepas menyediakan Penjejakan Kitaran, buka app Kesihatan pada iPhone anda, ketik Layari, ketik Penjejakan Kitaran, kemudian ketik Pilihan bersebelahan Log Kitaran.
Log kitaran anda pada Apple Watch
Pergi ke app Penjejakan Kitaran pada Apple Watch anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Log haid pada hari tertentu: Dengan hari ditunjukkan dalam garis masa, ketik Log. Ketik Haid, ketik paras aliran, kemudian ketik Selesai.
Log simptom, tompokan atau maklumat lain: Dengan hari ditunjukkan dalam garis masa, ketik Log. Ketik kategori, pilih pilihan, kemudian ketik Selesai.
Pemerhatian yang anda berikan kelihatan dalam log Kitaran pada iPhone. Jika anda mengaktifkan Pemberitahuan Haid dan Pemberitahuan Kesuburan dalam app Kesihatan pada iPhone, anda akan menerima pemberitahuan pada Apple Watch tentang tempoh haid akan datang, ramalan tempoh kesuburan dan anggaran ovulasi retrospektif (pada model disokong).
Urus faktor kitaran pada iPhone atau iPad
Pada iPhone, anda juga boleh mengelog faktor dalam app Kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran anda, seperti kehamilan, laktasi dan penggunaan kontraseptif.
Pergi ke app Kesihatan pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone: Ketik Layari, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Pada iPad: Ketik bar sisi, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Skrol ke bawah, ketik Faktor, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah faktor: Ketik Tambah Faktor, pilih faktor, ketik Bermula jika anda perlu menukar tarikh mula, kemudian ketik Tambah.
Tukar tarikh tamat untuk faktor semasa: Ketik faktor, ketik Berakhir, pilih tarikh, kemudian ketik Selesai.
Padam faktor semasa: Ketik faktor, kemudian ketik Padam Faktor.
Bergantung pada faktor yang anda pilih, ramalan haid, anggaran tempoh kesuburan dan anggaran ovulasi retrospektif anda mungkin dinyahaktifkan pada iPhone dan Apple Watch (model disokong sahaja). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Penting: App Penjejakan Kitaran tidak sepatutnya digunakan sebagai kaedah kawalan kelahiran. Data daripada app Penjejakan Kitaran tidak sepatutnya digunakan untuk mendiagnosis keadaan kesihatan.