Urus seting Akaun Apple anda pada Apple Watch
Anda boleh melihat dan mengedit maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Anda boleh menambah dan mengedit maklumat hubungan anda, menukar kata laluan anda, menambah nombor telefon dipercayai dan banyak lagi.
Edit maklumat peribadi
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik nama anda, ketik Maklumat Peribadi, kemudian lakukan mana-mana yang berikut.
Edit nama anda: Ketik nama anda, kemudian ketik Pertama, Tengah, atau Akhir.
Tukar hari lahir anda: Ketik Hari Lahir, kemudian masukkan tarikh baharu.
Dapatkan pengumuman, pengesyoran, atau surat berita Apple News: Ketik Keutamaan Komunikasi. Anda boleh mengaktifkan pengumuman; pengesyoran untuk app, muzik, TV dan banyak lagi; atau mengikut serta Surat Berita Apple News.
Tukar kata laluan dan keselamatan Akaun Apple anda
Nota: Jika anda telah mengaktifkan Perlindungan Peranti Dicuri pada iPhone berpasangan, anda tidak boleh menukar kata laluan Akaun Apple dan seting keselamatan anda pada Apple Watch. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Perlindungan Peranti Dicuri untuk iPhone.
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik nama anda, kemudian ketik Daftar Masuk & Keselamatan.
Nombor telefon dan alamat e-mel yang berkaitan dengan Akaun Apple anda disenaraikan, bersama dengan statusnya—contohnya, Utama atau Disahkan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Keluarkan alamat e-mel yang disahkan: Ketik alamat, kemudian ketik Keluarkan Alamat E-mel.
Tambah alamat e-mel dan nombor telefon: Ketik Tambah E-mel atau Nombor Telefon, pilih untuk menambah alamat e-mel atau nombor telefon, ketik Seterusnya, masukkan maklumat, kemudian ketik Selesai.
Tukar kata laluan Akaun Apple anda: Ketik Tukar Kata Laluan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Edit atau tambah nombor telefon dipercayai: Ketik Pengesahan Dua Faktor, ketik nombor telefon dipercayai anda, sahkan apabila digesa, kemudian ketik Keluarkan Nombor Telefon—jika anda mempunyai hanya satu nombor dipercayai, anda mesti memasukkan nombor baharu sebelum anda boleh memadamkan nombor semasa. Untuk menambah nombor telefon dipercayai tambahan, ketik Tambah Nombor Telefon Dipercayai.
Dapatkan kod pengesahan untuk mendaftar masuk pada peranti lain atau di iCloud.com: Ketik Pengesahan Dua Faktor, kemudian ketik Dapatkan Kod Pengesahan.
Tukar seting “Daftar masuk dengan Apple” untuk app atau tapak web: Ketik Daftar masuk dengan Apple, kemudian pilih app. Ketik Henti Menggunakan Akaun Apple untuk menyahkaitkan Akaun Apple anda daripada app. (Anda mungkin diminta untuk mencipta akaun baharu kali seterusnya anda cuba mendaftar masuk dengan app.)
Sembunyikan alamat e-mel anda: Ketik Majukan Kepada, kemudian pilih alamat.
Pilihan ini membenarkan app untuk menghubungi anda tanpa menyimpan alamat e-mel sebenar anda. Apabila anda memilih pilihan ini, Apple mencipta alamat e-mel rawak yang unik untuk anda dan sebarang e-mel yang dihantar daripada app ke alamat ini dimajukan ke alamat peribadi yang anda pilih.
Lihat status Kunci Pemulihan: Ketahui sama ada anda telah menyediakan kunci pemulihan untuk Akaun Apple anda.
Dengan pengesahan dua faktor dan peranti Apple, anda boleh mempunyai pilihan untuk menjana kunci pemulihan pada iPhone, iPad atau Mac anda untuk membantu meningkatkan keselamatan akaun. Jika anda perlu mereset kata laluan, anda kemudian boleh menggunakan kunci pemulihan anda untuk mendapatkan semula akses kepada Akaun Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple, Sediakan kunci pemulihan untuk Akaun Apple anda.
Lihat dan urus langganan anda
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik nama anda.
Ketik Langganan, kemudian skrol ke bawah untuk melihat langganan aktif dan tamat tempoh anda.
Ketik langganan untuk melihat kos dan tempoh langganan serta menukar pilihan langganan.
Ketik Batalkan Langganan untuk membatalkan langganan anda.
Nota: Sesetengah langganan mesti dibatalkan pada iPhone anda.
Anda boleh melanggan semula langganan yang telah tamat tempoh dengan mengetiknya, kemudian memilih pilihan langganan seperti secara bulanan atau tahunan.
Lihat dan urus peranti anda
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik nama anda.
Skrol ke bawah, kemudian ketik peranti untuk memaparkan maklumat tentangnya.
Ketik Keluarkan daripada Akaun jika anda tidak mengecam peranti.