Uruskan seting Apple ID anda pada Apple Watch
Anda boleh melihat dan mengedit maklumat yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Anda boleh menambah dan mengedit maklumat hubungan anda, menukar kata laluan anda, menambah nombor telefon dipercayai dan banyak lagi.
Edit maklumat hubungan
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik [nama anda].
Ketik Nama, Nombor Telefon, E-mel, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Edit nama anda: Ketik nama anda, kemudian ketik Pertama, Tengah, atau Akhir.
Lihat, edit dan tambah maklumat hubungan: Ketik nombor telefon atau alamat e-mel di bawah Boleh Dicapai Di. Untuk mengeluarkan alamat e-mel, ketiknya, kemudian ketik Keluarkan Alamat E-mel.
Tambah alamat e-mel dan nombor telefon: Ketik Tambah E-mel atau Nombor Telefon, pilih untuk menambah alamat e-mel atau nombor telefon, ketik Seterusnya, masukkan maklumat, kemudian ketik Selesai.
Sembunyikan alamat e-mel anda: Ketik Majukan Kepada.
Pilihan ini membenarkan app untuk menghubungi anda tanpa menerima alamat e-mel sebenar anda. Apabila anda memilih pilihan ini, Apple mencipta alamat e-mel rawak yang unik untuk anda dan sebarang e-mel yang dihantar daripada app ke alamat ini dimajukan ke alamat peribadi yang anda pilih.
Tukar hari lahir anda: Ketik Hari Lahir, kemudian masukkan tarikh baharu.
Dapatkan pengumuman, pengesyoran, atau surat berita Apple News: Di bawah Langganan, anda boleh mengaktifkan Pengumuman; pengesyoran untuk app, muzik, TV dan banyak lagi; atau mengikut serta Surat Berita Apple News.
Uruskan kata laluan dan keselamatan Apple ID
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik [nama anda].
Ketik Kata Laluan & Keselamatan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar kata laluan Apple ID anda: Ketik Tukar Kata Laluan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tukar seting “Daftar masuk dengan Apple” untuk app atau tapak web: Ketik App Menggunakan Apple ID anda, kemudian pilih app. Ketik Henti Menggunakan Apple ID untuk menyahkaitkan Apple ID anda daripada app. (Anda mungkin diminta untuk mencipta akaun baharu kali seterusnya anda cuba mendaftar masuk dengan app.)
Edit atau tambah nombor telefon dipercayai: Ketik nombor telefon dipercayai anda, sahkan apabila digesa, kemudian ketik Keluarkan Nombor Telefon—jika anda mempunyai hanya satu nombor dipercayai, anda mesti memasukkan nombor baharu sebelum anda boleh memadamkan nombor semasa. Untuk menambah nombor telefon dipercayai tambahan, ketik Tambah Nombor Telefon Dipercayai.
Dapatkan kod pengesahan untuk mendaftar masuk pada peranti lain atau di iCloud.com: Ketik Dapatkan Kod Pengesahan.
Lihat dan urus langganan
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik [nama anda].
Ketik Langganan, kemudian ketik langganan untuk melihat maklumat tentangnya—sebagai contoh, kos dan tempohnya.
Ketik Batalkan Langganan untuk membatalkan langganan anda.
Nota: Sesetengah langganan mesti dibatalkan pada iPhone anda.
Lihat dan urus peranti anda
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik [nama anda].
Skrol ke bawah, kemudian ketik peranti untuk memaparkan maklumat tentangnya.
Ketik Keluarkan daripada Akaun jika anda tidak mengecam peranti.
Muat turun panduan ini: Apple Books