Keluarkan, tukar dan ketatkan tali Apple Watch
Ikuti arahan umum ini untuk mengeluarkan, menukar dan mengetatkan tali.
Pastikan anda menggunakan tali yang sepadan dengan saiz bekas Apple Watch anda. Anda boleh menggunakan tali yang direka bentuk untuk Apple Watch (generasi pertama) atau Apple Watch Series 1, 2 dan 3 dengan Apple Watch Series 4, Apple Watch Series 5, Apple Watch SE, Apple Watch Series 6, Apple Watch Series 7, Apple Watch SE (Generasi ke-2) dan Apple Watch Series 8 selagi saiznya serasi. Tali untuk bekas 38mm, 40mm dan 41mm adalah serasi dengan satu sama lain dan tali untuk bekas 42mm, 44mm dan 45mm adalah serasi dengan satu sama lain.
Kebanyakan tali direka bentuk untuk Apple Watch Series 4, Apple Watch Series 5, Apple Watch SE, Apple Watch Series 6, Apple Watch Series 7, Apple Watch SE (Generasi ke-2) dan Apple Watch Series 8 adalah serasi dengan sebarang versi Apple Watch sebelumnya. Tali Solo Loop dan Solo Loop Berpintal direka bentuk khusus untuk Apple Watch Series 4, Apple Watch Series 5, Apple Watch SE, Apple Watch Series 6, Apple Watch Series 7, Apple Watch SE (Generasi ke-2) dan Apple Watch Series 8. Tali yang direka bentuk untuk model Apple Watch lebih awal juga adalah serasi dengan Apple Watch Series 4, Apple Watch Series 5, Apple Watch SE, Apple Watch Series 6, Apple Watch Series 7, Apple Watch SE (Generasi ke-2) dan Apple Watch Series 8.
Keluarkan dan tukar tali
Tekan butang lepas tali pada Apple Watch anda.
Luncurkan tali merentas untuk mengeluarkannya, kemudian luncurkan tali baharu masuk.
Jangan paksa tali ke dalam slot. Jika anda mengalami masalah mengeluarkan atau memasukkan tali, tekan butang lepaskan tali sekali lagi.

Ketatkan tali
Untuk prestasi optimum, Apple Watch seharusnya muat rapat pada tangan anda.
Bahagian belakang Apple Watch anda memerlukan sentuhan kulit untuk ciri seperti pengesan tangan, pemberitahuan haptik dan sensor kadar jantung. Memakai Apple Watch anda dengan saiz yang tepat—tidak terlalu ketat, tidak terlalu longgar dan dengan ruang untuk kulit anda bernafas—membuatkan anda selesa dan membolehkan sensor berfungsi. Tambahan lagi, sensor berfungsi hanya apabila anda memakai Apple Watch anda di sebelah atas pergelangan tangan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Memakai Apple Watch anda dan Tukar tali Apple Watch anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books