Tamatkan dan semak latihan anda pada Apple Watch
Tamatkan latihan pada Apple Watch
Apabila anda mencapai matlamat anda, anda akan mendengar nada dan merasakan getaran. Jika anda berpuas hati dan mahu meneruskan, silakan—Apple Watch anda terus mengumpul data sehingga anda memberitahunya untuk berhenti. Apabila anda bersedia untuk menamatkan latihan anda:
Leret ke kanan, kemudian ketik Tamat.
Putar Digital Crown untuk skrol ringkasan keputusan, kemudian ketik Selesai di bahagian bawah.
Petua: Sensor kadar jantung kekal aktif untuk tiga minit selepas anda menyelesaikan latihan untuk mengukur pemulihan kadar jantung anda. Selepas menyelesaikan latihan, anda boleh ketik ikon jantung pada ringkasan latihan anda untuk melihat pemulihan anda dalam masa sebenar.
Semak sejarah latihan anda
Buka app Kecergasan pada iPhone anda.
Ketik Ringkasan, kemudian ketik latihan.
Ringkasan menyertakan butiran latihan, pisahan, kadar jantung dan laluan. Anda boleh melihat lebih banyak butiran dengan mengetik Tunjukkan Lagi di sebelah setiap item.
Untuk melihat laluan, anda mesti mengaktifkan penjejakan laluan. Anda boleh mengaktifkan penjejakan apabila anda menyediakan Apple Watch anda, atau pada bila-bila masa kemudian:
Pada Apple Watch anda: Buka app Seting
, pergi ke Privasi > Perkhidmatan Lokasi, ketik Latihan Apple Watch, kemudian ketik Semasa Menggunakan App.
Pada iPhone anda: Pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi, ketik latihan Apple Watch, kemudian ketik Semasa Menggunakan App.
Petua: Untuk melihat jenis latihan tertentu—contohnya Berjalan atau Berenang—ketik Tunjukkan Lagi di sebelah Latihan, ketik Semua Latihan, kemudian ketik jenis latihan. Untuk kembali ke semua latihan, ketik nama latihan di sebelah kanan atas, kemudian ketik Semua Latihan dalam senarai yang kelihatan.
Muat turun panduan ini: Apple Books