Jejak maklumat kesihatan penting dengan Apple Watch
Apple Watch anda boleh membantu anda mencapai matlamat tidur anda, menjejak maklumat penting berkaitan jantung anda, melog ubat anda, menggalakkan anda untuk membasuh tangan anda dan menjejak kitaran haid anda.
Utamakan tidur anda
Dengan app Tidur pada Apple Watch, anda boleh mencipta jadual tidur, mengeset matlamat tempoh tidur dan menyemak sejarah tidur terbaharu anda. Anda juga boleh melihat jumlah anggaran masa yang anda luangkan dalam tidur REM, Teras atau Nyenyak, serta masa anda mungkin telah bangun. Semasa anda tidur, Apple Watch juga menjejak metrik seperti oksigen darah, kadar jantung, masa tidur, kadar respiratori dan pada Apple Watch Series 8, suhu pergelangan tangan. Untuk bermula, buka app Tidur pada Apple Watch anda dan ikuti arahan atas skrin. Kemudian pakai jam anda sebelum tidur dan Apple Watch akan mengurus semuanya.
Dapatkan pemberitahuan kesihatan jantung
Anda boleh mendayakan pemberitahuan daripada app Kadar Jantung pada Apple Watch anda untuk memberi isyarat kepada anda tentang kadar jantung tinggi atau rendah, serta ritma jantung tidak tetap yang mungkin merupakan pemfibrilan atrium (AFib). Jika anda telah didiagnosis dengan AFib, anda boleh mengaktifkan Sejarah AFib untuk melihat anggaran kekerapan jantung anda berada dalam aritmia ini. Anda juga boleh mengaktifkan isyarat untuk kecergasan kardio rendah.
Urus ubat anda
App Ubat membantu anda menjejak ubat, vitamin dan makanan tambahan anda. Hanya tambah ubat anda ke app Kesihatan pada iPhone anda dan lognya pada Apple Watch anda.
Cuci tangan anda dengan menyeluruh
Aktifkan Mencuci Tangan dan Apple Watch anda akan menggalakkan anda untuk meneruskannya selama 20 saat, masa yang disyorkan oleh organisasi kesihatan sedunia. Jam anda juga boleh memberitahu anda jika anda belum mencuci tangan dalam masa beberapa minit selepas pulang ke rumah.
Jejak kitaran haid anda
Gunakan app Penjejakan Kitaran untuk melog maklumat harian tentang kitaran haid anda. Apple Watch anda menggunakan maklumat tersebut untuk menyediakan ramalan tempoh haid dan kesuburan. Tambahan kepada data yang anda log, Penjejakan Kitaran boleh menggunakan data kadar jantung untuk meningkatkan ramalan. Jika anda memakai Apple Watch Series 8 untuk tidur setiap malam, app boleh menggunakan suhu pergelangan tangan untuk meningkatkan ramalan haid dan memberikan anggaran ovulasi retrospektif.
Nota: Ciri anggaran ovulasi retrospektif tidak tersedia di semua rantau.
Mahu mengetahui lebih lanjut? Mulakan dengan Jejak tidur anda dengan Apple Watch, Periksa kadar jantung anda, Jejak ubat anda pada Apple Watch, Sediakan Mencuci Tangan pada Apple Watch dan Gunakan Penjejakan Kitaran pada Apple Watch.
Muat turun panduan ini: Apple Books