Buat panggilan telefon pada Apple Watch
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Panggil Malik.”
“Dail 555 555 2949.”
“Panggil audio FaceTime Praveen.”
Buat panggilan
Buka app Telefon pada Apple Watch anda.
Ketik Kenalan, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol.
Ketik kenalan yang anda mahu panggil, kemudian ketik butang telefon.
Ketik Audio FaceTime untuk memulakan panggilan audio FaceTime, atau ketik nombor telefon.
Putar Digital Crown untuk melaraskan kelantangan semasa panggilan.
Petua: Untuk memanggil seseorang yang anda baru bercakap dengannya, ketik Terbaharu, kemudian ketik kenalan. Untuk memanggil orang yang anda telah tentukan sebagai kegemaran dalam app Telefon pada iPhone anda, ketik Kegemaran, kemudian ketik kenalan.
Masukkan nombor telefon pada Apple Watch
Buka app Telefon pada Apple Watch anda.
Ketik Pad Kekunci, masukkan nombor, kemudian ketik .
Anda juga boleh menggunakan pad kekunci untuk memasukkan digit tambahan semasa panggilan. Hanya ketik , kemudian ketik butang Pad Kekunci.
Buat panggilan melalui Wi-Fi
Jika pembawa selular anda menawarkan panggilan Wi-Fi, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk membuat dan menerima panggilan melalui Wi-Fi dan bukannya rangkaian selular—walaupun iPhone dipasangkan anda tiada bersama anda atau dimatikan. Apple Watch hanya perlu berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi yang iPhone anda pernah disambungkan padanya sebelum ini.
Untuk melihat sama ada pembawa anda menawarkan panggilan Wi-Fi, lihat artikel sokongan Apple Buat panggilan dengan panggilan Wi-Fi dan dayakan panggilan Wi-Fi pada iPhone anda.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Telefon, ketik Panggilan Wi-Fi, kemudian aktifkan Panggilan Wi-Fi pada iPhone Ini dan Tambah Panggilan Wi-Fi Untuk Peranti Lain.
Buka app Telefon pada Apple Watch anda.
Pilih kenalan, kemudian ketik .
Pilih nombor telefon atau alamat FaceTime yang anda mahu panggil.
Nota: Anda boleh membuat panggilan kecemasan menerusi Wi-Fi, tetapi jika boleh, gunakan iPhone anda menerusi sambungan selular—maklumat lokasi anda lebih tepat. Anda boleh lakukan ini pada Apple Watch anda dengan memutuskan sambungan daripada Wi-Fi buat sementara.
Lihat info panggilan pada Apple Watch
Semasa anda bercakap pada iPhone, anda boleh melihat maklumat panggilan pada Apple Watch anda dalam app Telefon . Anda juga boleh menamatkan panggilan daripada Apple Watch anda (contohnya jika anda menggunakan fon kepala atau set kepala).
Muat turun panduan ini: Apple Books