Asas Apple Watch dengan VoiceOver
Dengan VoiceOver pada Apple Watch, anda boleh melakukan pelbagai fungsi dengan tekanan, leretan, atau putaran Digital Crown. Cuba yang berikut semasa melihat muka jam semasa.
Tukar muka jam: Leret ke kiri atau kanan dengan dua jari untuk melayari muka yang tersedia.
Sesuaikan muka jam: Ketik tiga kali paparan, leret ke bawah untuk memilih Edit, kemudian dwiketik. Leret ke kiri atau kanan dengan dua jari untuk melayari ciri yang dapat disesuaikan. Putar Digital Crown untuk menyesuaikan ciri dipilih. Apabila anda selesai, tekan Digital Crown, kemudian dwiketik muka untuk menyimpan perubahan anda.
Semak pemberitahuan daripada muka jam: Leret ke bawah dengan dua jari.
Untuk menyemak pemberitahuan daripada kebanyakan skrin lain, ketik masa di kanan atas paparan, kemudian leret ke bawah dengan dua jari.
Buka Pusat Kawalan daripada muka jam: Leret ke atas dengan dua jari.
Untuk membuka Pusat Kawalan daripada kebanyakan skrin lain, ketik masa di kanan atas paparan, kemudian leret ke atas dengan dua jari.
Buka Dok: Tekan butang sisi, kemudian putar Digital Crown untuk skrol menerusi app kegemaran anda. Dwiketik app untuk membukanya.
Buka mana-mana app dalam Paparan Grid: Tekan Digital Crown sekali untuk pergi ke Skrin Utama. Leret ke kiri atau kanan, ketik, atau seret jari anda untuk menyerlahkan app, kemudian dwiketik untuk membukanya. Atau gunakan Siri untuk membukanya: tahan Digital Crown sehingga anda merasa dwiketik, kemudian katakan "Lancarkan" diikuti nama app (sebagai contoh, "Lancarkan Mail").
Baca mel: Tekan Digital Crown sekali untuk pergi ke Skrin Utama. Leret untuk serlahkan app Mail, kemudian dwiketik (atau tahan bawah Digital Crown untuk menggunakan Siri, kemudian sebut "Lancarkan Mail"). Apabila app Mail dibuka, putar Digital Crown untuk menavigasi mesej, kemudian dwiketik mesej untuk membacanya. Navigasi menerusi mesej dengan Digital Crown.
Navigasi dengan Digital Crown: Ketik tiga kali dengan dua jari, kemudian pusingkan Digital Crown untuk memilih item. Ketik tiga kali dengan dua jari untuk menyahaktifkan Navigasi Digital Crown.
Muat turun panduan ini: Apple Books