Tamatkan dan semak latihan anda pada Apple Watch
Tamatkan latihan pada Apple Watch
Apabila anda mencapai matlamat anda, anda akan mendengar nada. Jika anda berpuas hati dan mahu meneruskan, silakan—Apple Watch anda terus mengumpul data sehingga anda memberitahunya untuk berhenti. Apabila anda sedia:
Leret ke kanan, kemudian ketik Tamat.
Putar Digital Crown untuk skrol ringkasan keputusan, kemudian ketik Selesai di bahagian bawah.
Petua: Sensor kadar jantung kekal aktif untuk tiga minit selepas anda menyelesaikan latihan untuk mengukur pemulihan kadar jantung anda. Selepas menyelesaikan latihan, anda boleh ketik ikon jantung pada ringkasan latihan anda untuk melihat pemulihan anda dalam masa sebenar.
Semak sejarah latihan anda
Buka app Aktiviti pada iPhone anda.
Ketik Latihan, kemudian ketik latihan.
Petua: Untuk melihat jenis latihan tertentu—contohnya Berjalan atau Berenang—ketik Semua Latihan, kemudian ketik jenis latihan. Untuk kembali ke semua latihan, ketik nama latihan di sebelah kanan atas, kemudian ketik Semua Latihan dalam senarai yang muncul.
Semak laluan dan kadar latihan anda
Buka app Aktiviti pada iPhone anda.
Ketik Latihan, ketik latihan, kemudian ketik imej kecil peta yang muncul di bawah Laluan.
Laluan tersedia untuk latihan berjalan, kembara, berlari, renang sejadi, atau berbasikal.
Warna yang dijumpai dalam laluan anda mewakili rentak anda, dengan hijau sebagai rentak paling laju dan merah, paling perlahan.
Nota: Untuk melihat laluan anda mesti mempunyai Apple Watch Series 2 atau lebih baru atau mempunyai iPhone anda bersama anda semasa latihan. Anda juga mesti mengaktifkan penjejakan laluan. Anda boleh mengaktifkan penjejakan apabila anda menyediakan Apple Watch anda, atau pada bila-bila masa kemudian: Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi, ketik Latihan Apple Watch, kemudian ketik Semasa Menggunakan App.