Teroka Galeri Muka pada Apple Watch
Galeri Muka dalam app Apple Watch ialah cara paling mudah untuk melihat semua muka jam tersedia. Apabila anda mencari satu yang nampak menarik, anda boleh sesuaikannya, pilih komplikasi, kemudian tambah muka ke koleksi anda—semua daripada galeri.
Buka Galeri Muka
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ketik Galeri Muka.
Pilih ciri untuk muka
Dalam Galeri Muka, ketik muka, kemudian ketik ciri seperti warna atau gaya.
Selagi anda bermain dengan pilihan berbeza, muka di bahagian atas berubah supaya anda dapat pastikan rekaan betul.
Tambah komplikasi dalam Galeri Muka
Dalam Galeri Muka, ketik muka, kemudian ketik kedudukan komplikasi, seperti Kiri Atas, Kanan Atas, atau Bawah.
Skrol untuk melihat komplikasi yang tersedia untuk posisi tersebut, kemudian ketik mana yang anda mahu.
Jika anda putuskan anda tidak mahu komplikasi dalam posisi tersebut, skrol ke bahagian atas senarai dan ketik Tutup.
Untuk senarai lengkap komplikasi tersedia untuk setiap muka jam, lihat Muka jam dan ciri Apple Watch.
Tambah muka
Selepas anda sesuaikan muka dalam Galeri Muka, ketik Tambah.
Untuk bertukar kepada muka baru pada Apple Watch anda, leret ke kiri merentas muka jam sehingga anda melihatnya.