Gunakan Walkie Talkie pada Apple Watch
Walkie Talkie ialah cara yang seronok dan mudah untuk bersambung dengan pengguna lain dengan Apple Watch yang serasi. Seperti menggunakan walkie talkie sebenar, tekan butang untuk bercakap dan lepaskan untuk mendengar apabila anda bersedia untuk mereka membalas. Walkie-Talkie memerlukan kedua-dua peserta mempunyai ketersambungan—melalui sambungan Bluetooth ke iPhone, Wi-Fi, atau selular.
Nota: Walkie Talkie tidak tersedia di semua rantau.

Jemput rakan untuk menggunakan Walkie Talkie
Buka app Walkie Talkie
pada Apple Watch anda untuk kali pertama.
Skrol ke bawah senarai kenalan, kemudian ketik nama untuk menghantar jemputan.
Apabila kenalan anda menerima jemputan, anda boleh memulakan perbualan Walkie Talkie apabila anda berdua sedia.
Untuk menambah kenalan lain, ketik Tambah Rakan pada skrin Walkie Talkie, kemudian pilih kenalan.

Berbual dengan Walkie Talkie
Buka app Walkie Talkie
pada Apple Watch anda.
Ketik nama rakan anda.
Sentuh dan tahan butang Cakap, kemudian cakap.
Jika rakan anda telah menjadikan diri mereka tersedia, Walkie Talkie dibuka pada Apple Watch mereka dan mereka akan mendengar perkara yang anda katakan.
Untuk melaraskan kelantangan semasa anda bercakap, putar Digital Crown.
Bercakap dengan satu ketikan
Jika anda menghadapi masalah untuk terus menekan butang Cakap, anda boleh menggunakan satu ketikan untuk bercakap.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Ketik untuk Cakap Walkie-Talkie.
Apabila ini aktif, ketik sekali untuk bercakap, kemudian ketik lagi apabila anda selesai bercakap.
Keluarkan kenalan
Dalam app Walkie Talkie pada Apple Watch anda, leret ke kiri pada kenalan, kemudian ketik X
Jadikan diri anda tidak tersedia
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Skrol ke atas, kemudian ketik
.
Atau, dalam app Walkie-Talkie pada Apple Watch anda, skrol ke bahagian atas skrin, kemudian nyahaktifkan Walkie-Talkie.
Mengaktifkan mod pawagam juga menjadikan anda tidak tersedia untuk Walkie-Talkie.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Walkie Talkie pada Apple Watch anda.