Gunakan Zum pada Apple Watch
Gunakan Zum untuk membesarkan apa yang terpapar pada Apple Watch.
Aktifkan Zum
Pada Apple Watch anda, buka app Seting .
Pergi ke Kebolehcapaian > Zum, kemudian aktifkan Zum.
Anda juga boleh menggunakan iPhone anda untuk mengaktifkan Zum untuk Apple Watch anda—buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Zum. Atau, gunakan Pintasan Kebolehcapaian; lihat Pintasan Kebolehcapaian pada Apple Watch.
Mengawal Zum
Apabila anda mengaktifkan Zum, anda boleh melakukan tindakan ini pada Apple Watch anda.
Zum masuk atau keluar: Dwiketik paparan Apple Watch dengan dua jari.
Petua: Dwiketik dengan dua jari semasa menyediakan Apple Watch anda untuk melihat dengan lebih jelas.
Bergerak di sekitar (sorot): Seret paparan dengan dua jari. Anda juga dapat putar Digital Crown untuk menyorot seluruh halaman, kiri-kanan dan atas-bawah. Butang Zum kecil yang muncul menunjukkan di mana anda berada pada halaman tersebut.
Gunakan Digital Crown seperti biasa dan bukan menyorot: Ketik paparan sekali dengan dua jari untuk menukar antara menggunakan Digital Crown untuk sorot dan menggunakan Digital Crown sebagaimana ia berfungsi tanpa aktifkan Zum (sebagai contoh, skrol senarai atau zum peta).
Laraskan pembesaran: Dwiketik dan tahan dengan dua jari, kemudian seret jari anda ke atas atau bawah pada paparan. Untuk mengehadkan pembesaran, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Kebolehcapaian > Zum, kemudian seret gelangsar Paras Zum Maksimum.