Rakam elektrokardiogram (ECG) dengan Apple Watch
Apple Watch Series 4 dan lebih baru mempunyai sensor kadar jantung elektrik yang bersama dengan app ECG membolehkan anda mengambil elektrokardiogram (atau ECG). Untuk menggunakan app ECG, kemas kini iPhone 6s anda atau lebih baru ke versi terkini iOS dan Apple Watch ke versi terkini watchOS. App ECG tidak tersedia di semua kawasan.
Buka app Kesihatan pada iPhone anda, kemudian ikut langkah pada skrin untuk menyediakan ECG.
Jika anda tidak melihat gesaan untuk menyediakan, ketik Layari di bahagian kanan bawah, ketik Jantung, kemudian ketik Elektrokardiogram (ECG).
Buka app ECG pada Apple Watch anda.
Letakkan tangan anda di atas meja atau di riba anda.
Dengan tangan bertentangan dengan jam anda, tahan jari anda pada Digital Crown, kemudian tunggu sementara Apple Watch merakam ECG.
Anda tidak perlu menekan Digital Crown semasa sesi.
Pada akhir rakaman, anda akan menerima pengelasan. Anda kemudian boleh mengetik Tambah Simptom dan memilih simptom anda. Ketik Simpan untuk mencatat sebarang simpton, kemudian ketik Selesai. Untuk melihat hasil anda pada iPhone, buka app Kesihatan pada iPhone, ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Jantung > Elektrokardiogram (ECG).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang app ECG, lihat artikel Sokongan Apple Mengambil ECG dengan app ECG pada Apple Watch Series 4 dan lebih baru dan dokumen Arahan Penggunaan: App ECG.