Tambah podcast ke Apple Watch
Apabila anda menambah podcast ke Apple Watch anda, anda boleh mendengarnya ke mana sahaja anda pergi, walaupun anda tidak mempunyai iPhone anda bersama. Hanya langgan rancangan dalam app Podcast pada iPhone anda dan episod terbaru rancangan tersebut ditambah ke Apple Watch anda apabila ia disambungkan ke sumber kuasa. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang melanggan podcast.
Selaraskan podcast tertentu ke Apple Watch
Secara lalai, Apple Watch menyelaraskan satu episod daripada setiap 10 rancangan teratas dalam Dengar Sekarang pada iPhone anda. Untuk menyelaraskan podcast tertentu, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Podcast.
Ketik Tersuai, kemudian aktifkan stesen dan rancangan yang anda mahu selaraskan ke Apple Watch anda.
Apple Watch anda akan cuba untuk menyelaraskan tiga episod daripada setiap rancangan yang anda pilih. Jika anda memilih stesen tersuai, Apple Watch anda akan cuba untuk menambahkan sebanyak mungkin episod yang belum dimainkan.
Untuk menyelaraskan semula semua podcast yang anda langgani dengan Apple Watch anda, ketik Dengar Sekarang.