Semak kadar jantung anda pada Apple Watch
Kadar jantung anda ialah cara penting untuk memantau keadaan badan anda. Anda boleh menyemak kadar jantung anda semasa latihan; lihat kadar jantung semasa rehat, berjalan, bernafas, latihan dan pemulihan sepanjang hari; atau ambil bacaan baru pada bila-bila masa.
Lihat kadar jantung anda
Buka app Kadar Jantung pada Apple Watch anda untuk melihat kadar jantung, kadar rehat dan kadar purata berjalan semasa anda.
Apple Watch anda terus mengambil kadar jantung anda selagi anda memakainya.
Semak kadar jantung anda semasa latihan
Secara lalai, kadar jantung terkini anda ditunjukkan pada paparan latihan Metrik Berbilang. Untuk menyesuaikan metrik yang muncul semasa latihan, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Latihan > Paparan Latihan, kemudian ketik latihan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Mulakan latihan pada Apple Watch.
Lihat graf data kadar jantung anda
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Layari di bahagian kanan bawah, ketik Jantung, kemudian ketik Kadar Jantung.
Untuk menambah Kadar Jantung ke Ringkasan anda, leret ke atas, kemudian ketik Tambah ke Kegemaran.
Anda boleh melihat kadar jantung anda untuk jam, hari, minggu, bulan, atau tahun lalu. Ketik Tunjukkan Semua Penapis dan anda juga boleh melihat julat kadar jantung anda dalam tempoh masa yang dipilih; kadar rehat, purata berjalan, latihan dan bernafas anda; dan sebarang pemberitahuan kadar jantung tinggi atau rendah.
Aktifkan data kadar jantung anda
Secara lalai, Apple Watch anda memantau kadar jantung anda untuk app kadar Jantung, latihan dan sesi Bernafas. Jika anda telah menyahaktifkan data kadar jantung anda, ada boleh mengaktifkannya semula.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Privasi.
Aktifkan Kadar Jantung.
Terima pemberitahuan kadar jantung tinggi atau rendah
Apple Watch anda boleh memaklumkan anda jika kadar jantung anda kekal di atas ambang dipilih atau di bawah ambang dipilih selepas anda tidak aktif selama sekurang-kurangnya 10 minit. Anda boleh mengaktifkan pemberitahuan kadar jantung apabila anda membuka app Kadar Jantung pada kali pertama, atau pada bila-bila masa kemudian.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Jantung.
Ketik Kadar Jantung Tinggi, kemudian pilih kadar jantung—contohnya 120 bpm.
Ketik Kadar Jantung Rendah, kemudian pilih kadar jantung—contohnya 45 bpm.
Terima pemberitahuan ritma jantung tidak tetap (tidak tersedia di semua rantau)
Anda boleh menerima pemberitahuan jika Apple Watch mengenal pasti ritma jantung tidak tetap yang kelihatan sebagai pemfibrilan atrium (AFib).
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Jantung.
Ketik Sediakan Pemberitahuan Ritma Kadar Jantung Tidak Tetap dalam Kesihatan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Nota: Untuk hasil terbaik, bahagian belakang Apple Watch anda memerlukan sentuhan kulit untuk ciri seperti pengesan tangan, pemberitahuan haptik dan sensor kadar jantung. Memakai Apple Watch anda dengan saiz yang tepat—tidak terlalu ketat, tidak terlalu longgar dan dengan ruang untuk kulit anda bernafas—membuatkan anda selesa dan membolehkan sensor berfungsi. Anda mungkin mahu mengetatkan Apple Watch anda untuk latihan, kemudian melonggarkan tali apabila anda selesai. Air mungkin menghalang, atau mengurangkan ketepatan pemantauan kadar jantung. Tambahan lagi, sensor berfungsi hanya apabila anda memakai Apple Watch anda di sebelah atas pergelangan tangan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Kadar jantung anda. Perihalnya dan di mana anda boleh jumpanya pada Apple Watch.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap, lihat artikel Sokongan Apple Pemberitahuan kadar jantung pada Apple Watch anda dan dokumen Arahan Penggunaan: Ciri Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap.