Semak kadar jantung anda pada Apple Watch
Kadar jantung anda ialah cara penting untuk memantau keadaan badan anda. Anda boleh menyemak kadar jantung anda semasa latihan; lihat kadar jantung semasa rehat, berjalan, bernafas, latihan dan pemulihan sepanjang hari; atau ambil bacaan baru pada bila-bila masa.
Lihat kadar jantung anda
Buka app Kadar Jantung pada Apple Watch anda untuk melihat kadar jantung, kadar rehat dan kadar purata berjalan semasa anda.
Apple Watch anda terus mengambil kadar jantung anda selagi anda memakainya.
Semak kadar jantung anda semasa latihan
Secara lalai, kadar jantung terkini anda ditunjukkan pada paparan latihan Berbilang Metrik. Untuk menyesuaikan metrik yang kelihatan semasa latihan, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Latihan > Paparan Latihan, kemudian ketik latihan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Mulakan latihan pada Apple Watch.
Lihat graf data kadar jantung anda
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Layari di bahagian kanan bawah, ketik Jantung, kemudian ketik Kadar Jantung.
Untuk menambah Kadar Jantung ke Ringkasan anda, leret ke atas, kemudian ketik Tambah ke Kegemaran.
Anda boleh melihat kadar jantung anda untuk jam, hari, minggu, bulan, atau tahun lalu. Ketik Tunjukkan Lebih Data Kadar Jantung dan anda juga boleh melihat julat kadar jantung anda dalam tempoh masa yang dipilih; kadar rehat, purata berjalan, latihan dan bernafas anda; dan sebarang pemberitahuan kadar jantung tinggi atau rendah.
Aktifkan data kadar jantung anda
Secara lalai, Apple Watch anda memantau kadar jantung anda untuk app kadar Jantung, latihan dan sesi Bernafas. Jika anda telah menyahaktifkan data kadar jantung anda, ada boleh mengaktifkannya semula.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Privasi > Kesihatan.
Ketik Kadar Jantung, kemudian aktifkan Kadar Jantung.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Privasi, kemudian aktifkan Kadar Jantung.
Terima pemberitahuan kadar jantung tinggi atau rendah
Apple Watch anda boleh memaklumkan anda jika kadar jantung anda kekal di atas ambang dipilih atau di bawah ambang dipilih selepas anda tidak aktif selama sekurang-kurangnya 10 minit. Anda boleh mengaktifkan pemberitahuan kadar jantung apabila anda membuka app Kadar Jantung pada kali pertama, atau pada bila-bila masa kemudian.
Buka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian ketik Jantung.
Ketik Notis Kadar Jantung Tinggi atau Notis Kadar Jantung Rendah, kemudian setkan ambang kadar jantung.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Jantung. Ketik Kadar Jantung Tinggi atau Kadar Jantung Rendah, kemudian setkan ambang.
Terima pemberitahuan ritma jantung tidak tetap (tidak tersedia di semua rantau)
Anda boleh menerima pemberitahuan jika Apple Watch mengenal pasti ritma jantung tidak tetap yang kelihatan sebagai pemfibrilan atrium (AFib).
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Jantung, kemudian aktifkan Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Jantung, kemudian aktifkan Ritma Tidak Tetap.
Terima pemberitahuan kecergasan kardio rendah
Apple Watch (dengan watchOS 7.2 atau lebih baru) boleh menganggarkan tahap kecergasan kardio anda dengan melihat pada kadar jantung anda semasa anda berjalan atau berlari di luar dan memaklumkan anda jika ia rendah. Bergantung pada umur dan jantina anda, kecergasan kardio anda akan tergolong dalam satu daripada empat julat: Rendah, Bawah Purata, Atas Purata, atau Tinggi. Jika tahap kecergasan kardio anda tergolong dalam julat “Rendah”, anda akan menerima pemberitahuan pada Apple Watch anda. Jika ia kekal rendah, anda akan menerima pemberitahuan setiap empat bulan.
Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau.
Dalam app Kesihatan pada iPhone anda (dengan iOS 14.3 atau lebih baru), ketik Layari, ketik Respiratori, kemudian ketik Kecergasan Kardio.
Ikuti gesaan atas skrin untuk mengaktifkan pemberitahuan Kecergasan Kardio.
Anda juga boleh melihat dalam bahagian Kecergasan Kardio pada app Kesihatan untuk melihat ukuran kecergasan kardio anda dan julatnya. Ketik Tunjukkan Semua Tahap Kecergasan Audio.
Nota: Untuk hasil terbaik, bahagian belakang Apple Watch anda memerlukan sentuhan kulit untuk ciri seperti pengesan tangan, pemberitahuan haptik, ukuran paras oksigen darah (Apple Watch Series 6 sahaja) dan sensor kadar jantung. Memakai Apple Watch anda dengan saiz yang tepat—tidak terlalu ketat, tidak terlalu longgar dan dengan ruang untuk kulit anda bernafas—membuatkan anda selesa dan membolehkan sensor berfungsi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Memakai Apple Watch anda dan Kadar jantung anda. Perihalnya dan di mana anda boleh jumpanya pada Apple Watch.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap, lihat artikel Sokongan Apple Pemberitahuan kesihatan jantung pada Apple Watch anda dan dokumen Arahan Penggunaan: Ciri Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap.