Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
Dengan menyambungkan Apple Watch anda kepada rangkaian Wi-Fi, anda boleh terus menggunakan kebanyakan cirinya, walaupun anda tidak mempunyai iPhone dengan anda.
Pilih rangkaian Wi-Fi
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Wi-Fi, kemudian ketik nama rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
Rangkaian Wi-Fi yang serasi dengan Apple Watch ialah 802.11b/g/n 2.4 GHz.
Jika rangkaian memerlukan kata laluan, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gunakan jari anda untuk mencoret aksara kata laluan pada skrin. Gunakan Digital Crown untuk memilih aksara besar atau kecil.
Ketik , kemudian masukkan kata laluan pada peranti lain.
Pilih kata laluan daripada senarai.
Ketik Sertai.
Gunakan alamat rangkaian peribadi pada Apple Watch
Untuk membantu melindungi privasi anda, Apple Watch anda menggunakan alamat rangkaian peribadi, yang dipanggil alamat kawalan akses media (MAC), pada setiap rangkaian Wi-Fi yang ia sertai. Jika rangkaian tidak boleh menggunakan alamat peribadi (contohnya, untuk menyediakan kawalan ibu bapa atau untuk mengenal pasti Apple Watch anda sebagai dibenarkan untuk menyertai), anda boleh berhenti menggunakan alamat peribadi untuk rangkaian tersebut.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Wi-Fi, kemudian ketik nama rangkaian yang anda sertai.
Nyahaktifkan Alamat Peribadi.
Penting: Untuk privasi yang lebih baik, biarkan Alamat Peribadi diaktifkan untuk semua rangkaian yang menyokongnya. Menggunakan alamat peribadi membantu mengurangkan penjejakan Apple Watch anda merentas rangkaian Wi-Fi berbeza.
Lupakan rangkaian
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Wi-Fi, kemudian ketik nama rangkaian yang anda sertai.
Ketik Lupakan Rangkaian Ini.
Jika anda menyertai rangkaian itu semula kemudian, anda mesti memasukkan semula kata laluan jika ia memerlukannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Sambungkan Apple Watch anda ke Wi-Fi.