Gunakan Apple Cash Keluarga pada Apple Watch ahli keluarga
Jika anda pengelola untuk kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan Apple Cash untuk kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan keluarga anda supaya mereka boleh membuat pembelian dan menghantar serta menerima wang dalam Mesej. Malah, anda juga boleh mengehadkan orang yang anak anda boleh hantar wang, mendapat makluman apabila mereka membuat transaksi dan mengunci akaun mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan sistem dan cara mengurus akaun Apple Cash, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan dan gunakan Apple Cash Keluarga.
Nota: Apple Cash tidak tersedia di semua rantau dan disokong pada iPhone SE dan iPhone 6 dan lebih baru. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang Apple Pay dan Apple Cash.
Sediakan Apple Cash Keluarga
Untuk menyediakan Apple Cash Keluarga, anda mesti menjadi pengelola keluarga.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik Apple Cash, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika tiada kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda: Ketik Cipta Akaun untuk Kanak-kanak, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika terdapat kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda: Ketik Sediakan Apple Cash, ketik nama kanak-kanak, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Di A.S., ahli keluarga anda boleh menghantar dan menerima wang dalam app Mesej serta menggunakan Apple Pay untuk pembelian.
Urus Apple Cash pada Apple Watch ahli keluarga
Buka app Wallet pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam tersebut.
Ketik kad Apple Cash anda, kemudian ketik .
Leret ke atas, kemudian ketik nama di bawah Keluarga.
Sediakan pilihan yang berikut:
Pilih orang yang boleh dihantar wang oleh ahli keluarga anda.
Pilih untuk dimaklumkan apabila ahli keluarga anda membuat transaksi.
Ketik Hantar Wang untuk menambah wang pada baki ahli keluarga anda.
Untuk melihat transaksi ahli keluarga, ketik Transaksi pada skrin ini, atau buka app Wallet pada iPhone anda, kemudian ketik kad Apple Cash anda. Transaksi ahli keluarga anda kelihatan di bawah Transaksi Terkini dan apabila anda mengetik Transaksi dalam [tahun].