Setkan dan balas peringatan pada Apple Watch
Apple Watch anda memaklumkan anda tentang peringatan yang anda cipta dalam app Peringatan pada Apple Watch atau iPhone anda—dan pada sebarang peranti iOS lain, iPad, atau Mac yang anda daftar masuk menggunakan Apple ID anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan app Peringatan iPhone anda.
Lihat peringatan anda
Buka app Peringatan pada Apple Watch anda.
Ketik senarai untuk membukanya.
Ketik item untuk menandakannya sebagai selesai.
Ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke paparan senarai anda.
Untuk melihat peringatan yang selesai dalam senarai, ketik senarai, ketik Lihat Pilihan, kemudian ketik Tunjukkan Selesai.
Untuk melihat semua peringatan yang selesai, ketik senarai Semua, ketik Lihat Pilihan, kemudian ketik Tunjukkan Selesai.
Jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 14, iPad dengan iPadOS 14, atau Mac dengan macOS 10.15 atau lebih baru, anda boleh berkongsi senarai dan bekerjasama dengan orang yang menggunakan iCloud. Senarai dikongsi menunjukkan orang yang ditetapkan peringatan. Pada Apple Watch anda boleh menyertai senarai dikongsi, tetapi anda tidak boleh berkongsi senarai daripada Apple Watch. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang senarai peringatan dikongsi.
Balas pemberitahuan peringatan
Jika anda melihat pemberitahuan peringatan semasa ia tiba: Leret (atau putarkan Digital Crown untuk skrol) peringatan, kemudian ketik Tidur, Selesai atau Tutup, atau pilih masa untuk diingatkan.
Jika anda menemui pemberitahuan kemudian: Ketiknya dalam senarai pemberitahuan anda, kemudian skrol dan balas.
Cipta peringatan
Gunakan Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Ingatkan saya untuk mengambil dobi pada pukul 5 PTG.”
Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mencipta senarai pada Apple Watch.
Cipta peringatan dalam app Peringatan: Skrol ke bahagian bawah skrin Senarai atau sebarang senarai, kemudian ketik Tambah Peringatan.
Anda tidak boleh menetapkan masa atau tarikh ke peringatan yang anda cipta dengan cara ini.
Padam peringatan, pilih senarai lalai, susun semula senarai
Untuk Apple Watch yang anda sediakan untuk diri sendiri, anda mengurus sesetengah aspek peringatan pada iPhone berpasangan.
Padam peringatan: Buka app Peringatan pada iPhone anda, ketik senarai yang mengandungi pemberitahuan yang anda mahu padamkan, kemudian leret ke kiri pada pemberitahuan.
Untuk memadamkan senarai, leret ke kiri pada senarai.
Pilih senarai lalai: Jika anda mencipta pemberitahuan baru di luar senarai khusus, pemberitahuan ditambah ke senarai lalai. Buka app Seting pada iPhone anda, kemudian ketik Pemberitahuan. Ketik Senarai Lalai, kemudian ketik senarai.
Tukar tertib senarai anda: Buka app Peringatan pada iPhone anda. Sentuh dan tahan senarai, kemudian seret senarai ke lokasi baru.