Dapatkan arah pada Apple Watch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:
“Arah ke stesen minyak terdekat?”
"Dapatkan arah ke rumah"
"Berapa jauh lapangan terbang?"
Dapatkan arah
Buka app Peta
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk skrol ke Kegemaran, Panduan dan Terbaru.
Ketik entri untuk mendapatkan arah berjalan, memandu, transit dan berbasikal.
Nota: Bukan semua mod pengangkutan tersedia di semua lokasi.
Ketik mod untuk melihat laluan yang dicadangkan, kemudian ketik laluan untuk memulakan perjalanan anda dan melihat gambaran keseluruhannya—dengan pusingan, jarak antara pusingan dan nama jalan.
Petua: Apabila anda memilih Berbasikal, anda akan melihat gambaran keseluruhan perubahan ketinggian di sepanjang laluan. Ketik
untuk mengetahui jenis jalan yang akan anda lalui—sama ada terdapat laluan basikal, merupakan jalan susur atau jalan utama, atau memerlukan anda turun dan berjalan kaki.
Selepas anda bertolak ke peringkat pertama, Apple Watch anda menggunakan bunyi dan ketikan untuk memberitahu anda masa untuk pusing. Nada rendah diikuti nada tinggi (tok tik, tok tik) bermakna pusing kanan di persimpangan yang anda dekati; nada tinggi diikuti oleh nada rendah (tik tok, tik tok) bermakna pusing kiri. Tidak pasti rupa destinasi anda? Anda akan merasai getaran apabila anda hampir akhiri perjalanan dan lagi bila anda tiba.
Lihat di penjuru kiri atas untuk melihat anggaran masa ketibaan anda.
Untuk menamatkan arah sebelum anda tiba di sana, tekan kuat paparan, kemudian ketik Tamat.

Pilih isyarat pusingan
Apabila anda menggunakan arah pusingan-demi-pusingan, Apple Watch anda boleh memberi isyarat kepada anda apabila anda perlu membuat pusingan seterusnya. Untuk memilih isyarat pusing yang anda mahu lihat, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Peta.
Aktifkan isyarat yang anda mahu terima—Memandu, Memandu dengan CarPlay, Berjalan dan Berbasikal.
Nota: Perkhidmatan lokasi mesti diaktifkan untuk menggunakan arah pusingan demi pusingan. Pada Apple Watch, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan perkhidmatan lokasi.
Dapatkan arah ke tanda tempat atau pin peta
Buka app Peta
pada Apple Watch anda.
Ketik Lokasi, kemudian ketik tanda tempat destinasi atau pin peta.
Skrol maklumat lokasi sehingga anda lihat Arah, kemudian ketik arah berjalan, memandu, transit, atau berbasikal.
Apabila anda bersedia untuk pergi, ketik laluan, kemudian ikut arah.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti, “Berapa lama untuk saya pulang ke rumah?”

Kembali ke Peta dengan cepat daripada muka jam
Anda boleh bertukar ke muka jam semasa anda mendapatkan arah. Untuk kembali ke Peta dengan cepat, ketik di bahagian atas skrin.
Lihat pilihan pengangkutan
Dengan laluan ditunjukkan dalam app Peta , anda boleh memilih pelbagai pilihan sebelum anda bermula.
Pilih laluan alternatif: Jika laluan alternatif kelihatan, ketik satu untuk mengambilnya.
Bertukar kepada laluan memandu, berjalan, transit, atau berbasikal: Ketik Berjalan, Memandu, Transit, atau Berbasikal.
Elakkan tol atau lebuh raya: Dengan laluan pemanduan ditunjukkan, ketik >, kemudian aktifkan pilihan.
Elakkan bukit, atau jalan yang sesak: Dengan laluan berbasikal ditunjukkan, ketik >, kemudian aktifkan pilihan.
Pilih transit awam yang diutamakan: Dengan laluan transit ditunjukkan, ketik >, kemudian pilih jenis transit yang anda utamakan—contohnya bas, subway & rel ringan, rel komuter dan feri.