Dapatkan arah pada Apple Watch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:
“Arah ke stesen minyak terdekat?”
"Dapatkan arah ke rumah"
"Berapa jauh lapangan terbang?"
Dapatkan arahan memandu
Buka app Peta
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk skrol ke Cadangan, Terbaru dan Kegemaran.
Ketik entri untuk mendapatkan arahan memandu.
Ketik untuk melihat gambaran keseluruhan perjalanan anda—dengan pusingan, jarak anda pusingan dan nama jalan.
Selepas anda bertolak ke peringkat pertama, Apple Watch anda menggunakan bunyi dan ketikan untuk memberitahu anda masa untuk pusing. Nada rendah diikuti nada tinggi (tok tik, tok tik) bermakna pusing kanan di persimpangan yang anda dekati; nada tinggi diikuti oleh nada rendah (tik tok, tik tok) bermakna pusing kiri. Tidak pasti rupa destinasi anda? Anda akan merasai getaran apabila anda hampir akhiri perjalanan dan lagi bila anda tiba.
Untuk menamatkan arah sebelum anda tiba di sana, tekan kuat paparan, kemudian ketik Tamat.
Petua: Seperti arah lain, anda mungkin melihat laluan alternatif, setiap laluan dengan anggaran masa dan jarak perjalanan. Putar Digital Crown untuk melihat laluan, kemudian ketik laluan yang anda mahu ambil.
![App Peta menunjukkan laluan cadangan dengan anggaran jarak laluan dan masa yang diambil untuk tiba ke destinasi. Butang Lagi muncul berhampiran bahagian kanan atas.](https://help.apple.com/assets/5C8928BF0946225B7E296CC1/5C8928C20946225B7E296CCB/ms_MY/520eb28dbcc5f86512f65bdcc2902581.png)
Pilih isyarat pusingan
Apabila anda menggunakan arah pusingan-demi-pusingan, Apple Watch anda boleh memberi isyarat kepada anda apabila anda perlu membuat pusingan seterusnya. Untuk memilih isyarat pusing yang anda mahu lihat, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Peta.
Aktifkan isyarat yang anda mahu terima—Memandu, Memandu dengan CarPlay dan Berjalan.
Dapatkan arah ke tanda tempat atau pin peta
Buka app Peta
pada Apple Watch anda.
Ketik Lokasi, kemudian ketik tanda tempat destinasi atau pin peta.
Skrol maklumat lokasi sehingga anda lihat Arah, kemudian ketik Berjalan, Memandu atau Transit (jika tersedia).
Apabila anda bersedia untuk pergi, ketik laluan, kemudian ikut arah.
Lihat di penjuru kiri atas untuk melihat anggaran masa ketibaan anda. Untuk melihat anggaran tempoh perjalanan anda sebaik sahaja ia bermula, ketik anggaran masa ketibaan.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti, “Berapa lama untuk saya pulang ke rumah?”
![App Peta menunjukkan anggaran masa ketibaan di sebelah kiri atas, alamat di bawah, nombor minit yang akan diambil untuk tiba di destinasi, jarak laluan dalam batu dan perkataan “Trafik ringan.” Petak bual menunjukkan ke skrin dan bertulis, “Tekan dengan kuat untuk hentikan arah.”](https://help.apple.com/assets/5C8928BF0946225B7E296CC1/5C8928C20946225B7E296CCB/ms_MY/f22444d1bb9c684409b91d8b2b8480af.png)
Kembali ke Peta dengan cepat daripada muka jam
Anda boleh bertukar ke muka jam semasa anda mendapatkan arah. Untuk kembali ke Peta dengan cepat, ketik di bahagian atas skrin.
Lihat butiran transit
Semasa melihat peta, tekan paparan dengan kuat, kemudian ketik Peta Transit untuk lihat hentian bas dan kereta api—termasuk maklumat terperinci stesen untuk sesetengah bandar.
Untuk menyahaktifkan butiran transit, tekan paparan dengan kuat, kemudian ketik Peta Standard.
![App Peta menunjukkan butiran transit, termasuk laluan dan nama hentian.](https://help.apple.com/assets/5C8928BF0946225B7E296CC1/5C8928C20946225B7E296CCB/ms_MY/66453186bd2a60dfa53501d5d8dacd65.png)