Laraskan kecerahan, saiz teks, bunyi dan haptik pada Apple Watch
Laraskan kecerahan dan teks pada Apple Watch
Buka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian ketik Kecerahan & Saiz Teks untuk melaraskan yang berikut:
Kecerahan: Ketik kawalan Kecerahan untuk laras, atau ketik gelangsar, kemudian pusing Digital Crown.
Saiz teks: Ketik Saiz Teks, kemudian ketik huruf atau putarkan Digital Crown.
Teks tebal: Aktifkan teks tebal.
Anda juga boleh melakukan pelarasan ini pada iPhone anda. Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Kecerahan & Saiz Teks, kemudian laraskan kecerahan dan teks.
Laraskan bunyi
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Bunyi & Haptik.
Ketik kawalan kelantangan di bawah Kelantangan Isyarat atau ketik gelangsar, kemudian pusingkan Digital Crown untuk laras.
Atau, pada iPhone anda, buka app Apple Watch, ketik Bunyi & Haptik, kemudian seret gelangsar Kelantangan Isyarat.
Laraskan keamatan haptik
Anda boleh melaras kekuatan haptik—atau ketikan pergelangan—yang digunakan Apple Watch untuk pemberitahuan dan isyarat.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Bunyi & Haptik.
Pilih Lalai atau Utama.
Atau, pada iPhone anda, buka app Apple Watch, ketik Jam Saya, ketik Bunyi & Haptik, kemudian pilih Lalai atau Utama.
Aktifkan atau nyahaktifkan klik Digital Crown (Apple Watch Series 4 sahaja)
Pada Apple Watch Series 4, anda rasakan klik apabila memutarkan Digital Crown untuk menskrol. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan haptik ini, ikut langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Haptik Mahkota.
Atau, pada iPhone anda, buka app Apple Watch, ketik Jam Saya, ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Haptik Mahkota.