Sambungkan Apple Watch kepada fon kepala atau speaker Bluetooth
Strim podcast ke Apple Watch anda (Apple Watch Series 3 dan lebih baru), atau simpannya pada Apple Watch Series 1 atau lebih baru, kemudian dengarkannya dengan fon kepala atau speaker Bluetooth tanpa iPhone anda berdekatan.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods yang anda sediakan dengan iPhone anda, ianya sedia untuk digunakan bersama Apple Watch anda—hanya tekan main.
Pasangkan fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda perlukan fon kepala atau speaker Bluetooth untuk mendengar podcast atau audio lain pada Apple Watch anda. Ikuti arahan yang disertakan dengan fon kepala atau speaker untuk memasukkannya dalam mod penemuan.
Apabila peranti Bluetooth sedia, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Bluetooth, kemudian ketik peranti apabila ia muncul.
Pilih output audio
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik , kemudian pilih peranti yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.