Buat pembelian dengan Apple Watch
Bayar pembelian dalam kedai dengan Apple Watch
Dwiklik butang sisi.
Leret untuk memilih kad.
Pegang Apple Watch anda beberapa sentimeter daripada pembaca kad tanpa sentuhan, dengan paparan menghadap pembaca.
Satu ketikan lembut dan bip mengesahkan maklumat pembayaran telah dihantar. Anda akan menerima pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan apabila transaksi disahkan.
Untuk kad yang menyokongnya, anda menerima pemberitahuan untuk pembelian yang dibuat dengan sebarang kad yang anda tambah ke Wallet, walaupun anda tidak melakukannya dengan Apple Watch atau peranti iOS anda.
Anda boleh nyahaktifkan pemberitahuan dan sejarah untuk kad individu dalam Wallet. Hanya buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Wallet & Apple Pay, ketik kad, ketik Transaksi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Sejarah dan Pemberitahuan Transaksi.
Buat pembelian dalam app
Apabila anda membeli-belah dalam app pada Apple Watch anda, pilih pilihan Apple Pay semasa daftar keluar.
Semak maklumat bayaran, penghantaran dan pengebilan, kemudian dwiklik butang sisi untuk membayar dengan Apple Watch anda.
Nota: Apple Watch anda mesti disambungkan ke iPhone anda, Wi-Fi, atau rangkaian selular untuk membuat bayaran.