Pergi berenang dengan Apple Watch
Mulakan latihan berenang
Buka app Latihan pada Apple Watch anda.
Pilih Renang Sejadi atau Renang Kolam.
Untuk menjeda atau meneruskan renangan anda, tekan Digital Crown dan butang sisi pada masa yang sama.
Apabila anda memulakan latihan berenang, Apple Watch anda mengunci skrin secara automatik dengan Kunci Air untuk mengelakkan ketikan tidak sengaja. Apabila anda keluar dari air untuk berehat atau kerana anda menyelesaikan latihan, putar Digital Crown untuk buka kunci skrin dan keluarkan air daripada speaker. Anda mendengar bunyi dan mungkin merasa sedikit air pada pergelangan anda.
Apple Watch Series 1 dan Apple Watch (generasi pertama) tidak sesuai digunakan untuk berenang. Lihat Maklumat pengendalian penting tentang Apple Watch anda.
Lihat ringkasan latiihan berenang anda
Buka kunci Apple Watch anda, kemudian ketik Tamat.
Latihan renang kolam menjejak set anda dan apabila anda rehat secara automatik. Ringkasan pada Apple Watch anda memaparkan jenis kuak yang anda gunakan dan jumlah jarak renangan anda. Anda boleh mencari kadar untuk setiap set dalam ringkasan latihan pada iPhone anda.
Kosongkan air secara manual selepas berenang
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Putar Digital Crown untuk membuka kunci skrin dan mengosongkan air daripada speaker.