Gunakan Apple Watch untuk bernafas dengan teratur
App Bernafas pada Apple Watch anda menggalakkan anda untuk memperuntukkan beberapa minit setiap hari untuk bertenang dan fokus pada pernafasan anda.

Mulakan sesi pernafasan
Buka app Bernafas
pada Apple Watch anda.
Ketik Mula, tarik nafas perlahan sambil animasi membesar, kemudian hembus nafas apabila ia mengecut.
Setkan tempoh sesi pernafasan
Buka app Bernafas
pada Apple Watch anda.
Putarkan Digital Crown untuk menambah tempoh.
Anda boleh memilih masa antara satu dan lima minit.
Untuk setkan ini sebagai tempoh lalai anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Bernafas, kemudian aktifkan Gunakan Tempoh Sebelumnya.
Laraskan seting bernafas
Anda boleh tukar kekerapan anda mendapat peringatan bernafas, senyapkan peringatan bernafas untuk hari ini dan tukar kadar pernafasan anda.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Bernafas, kemudian lakukan yang berikut:
Setkan peringatan bernafas: Ketik Peringatan Bernafas.
Senyapkan peringatan bernafas: Aktifkan “Senyapkan untuk hari ini.”
Tukar kadar pernafasan anda: Ketik Kadar Pernafasan untuk menukar bilangan pernafasan seminit.
Lihat kadar jantung anda semasa sesi pernafasan
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Data Kesihatan, kemudian ketik Jantung.
Leret ke kiri pada kadar jantung untuk melihat Bernafas.
Gunakan muka jam Bernafas
Tambah muka jam Bernafas untuk mendapatkan akses cepat ke sesi pernafasan.
Dengan muka jam semasa ditunjukkan, tekan kuat paparan.
Leret kiri hingga ke hujung, kemudian ketik butang Baru (+).
Putarkan Digital Crown untuk memilih Bernafas, kemudian ketik untuk menambahnya.
Ketik muka jam untuk memulakan sesi pernafasan.