Lihat lokasi rakan dengan Apple Watch
App Cari Rakan Saya ialah cara hebat untuk mencari orang yang penting bagi anda dan berkongsi lokasi anda dengan mereka. Rakan dan ahli keluarga yang menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch Siri 3 atau lebih baru dan berkongsi lokasi dengan anda terpapar pada peta, jadi anda dapat lihat dengan cepat tempat mereka berada. Anda boleh setkan pemberitahuan untuk mengisyaratkan anda apabila rakan atau ahli keluarga bertolak atau tiba di pelbagai lokasi. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk maklumat tentang menyediakan app Cari Rakan Saya pada iPhone anda.
Tambah rakan
Buka app Cari Rakan Saya pada iPhone anda.
Ketik Tambah, kemudian pilih kenalan.
Pilih tempoh masa anda mahu berkongsi lokasi anda—sejam, sehingga penghujung hari, atau tak terhingga.
Ketik Hantar atau Selesai untuk menghantar permintaan.
Selepas rakan anda bersetuju untuk berkongsi lokasi, anda boleh melihat tempatnya dalam senarai atau pada peta dalam app Cari Rakan Saya, atau pada iCloud.com.
Ketahui di mana rakan anda berada
Buka app Cari Rakan Saya pada Apple Watch anda untuk melihat senarai rakan anda, dengan lokasi dan jarak anggaran setiap rakan dari anda. Putarkan Digital Crown untuk melihat lebih rakan.
Ketik rakan untuk melihat lokasi mereka pada peta.
Ketik < pada penjuru kiri atas untuk kembali ke senarai rakan anda.
Nota: Jika rakan anda memakai Apple Watch dengan selular dan berkongsi lokasi mereka, tetapi mereka tidak mempunyai iPhone bersama, lokasi mereka akan dijejak menggunakan Apple Watch mereka.
Dapatkan pemberitahuan tentang lokasi rakan anda
Buka app Cari Rakan Saya pada Apple Watch anda.
Ketik rakan anda, skrol ke bawah, kemudian ketik Maklumkan Saya.
Aktifkan Maklumkan Saya, kemudian pilih untuk dimaklumkan apabila rakan anda meninggalkan lokasi mereka atau tiba di lokasi anda.
Maklumkan lokasi anda kepada rakan
Buka app Cari Rakan Saya pada Apple Watch anda.
Ketik rakan, kemudian ketik Maklumkan [nama rakan].
Aktifkan Maklumkan [nama rakan] pada skrin seterusnya, kemudian pilih untuk memaklumkan rakan anda apabila anda meninggalkan lokasi anda atau tiba di lokasi mereka.