Gunakan Siri pada Apple Watch
Perintah Siri berguna
Siri boleh melaksanakan tugas dan memberikan jawapan secara terus pada Apple Watch anda. Anda boleh minta terjemahan dituturkan daripada Siri. Siri boleh mengenal pasti lagu dan memberikan hasil Shazam serta-merta. Anda juga boleh bertanya Siri soalan umum dan Apple Watch akan memaparkan beberapa hasil carian pertama bersama petikan pendek daripada setiap halaman. Hanya ketik Buka Halaman untuk melihat halaman pada Apple Watch. Cuba minta Siri lakukan perkara yang biasanya memerlukan anda mengambil beberapa langkah.
Siri tidak tersedia di semua rantau dan bahasa. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Ciri watchOS.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:
“Bagaimana untuk bertanya ‘Apa khabar?’ dalam bahasa Cina?”
“Mulakan larian luar 30 minit.”
“Beritahu Katrina yang saya hampir siap”
“Buka app Tidur”
“Lagu apa ini?”
“Bagaimana pelangi terjadi?”
“Apakah kemas kini saya?”
“Apa yang boleh saya tanya anda?”
Berinteraksi dengan Siri
Untuk membuat permintaan kepada Siri, lakukan mana-mana yang berikut:
Angkat tangan anda dan sebut kepada Apple Watch anda.
Untuk menyahaktifkan ciri Angkat untuk Cakap, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian nyahaktifkan Angkat untuk Cakap.
Katakan “Hai Siri” diikuti permintaan anda.
Untuk menyahaktifkan “Hai Siri”, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian nyahaktifkan Dengar untuk “Hai Siri”.
Ketik butang Siri pada muka jam Siri.
Tekan dan tahan Digital Crown sehingga anda melihat penunjuk pendengaran, kemudian sebutkan permintaan anda.
Untuk menyahaktifkan ciri Tekan Digital Crown, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian nyahaktifkan Tekan Digital Crown.
Petua: Selepas anda tanyakan Siri sesuatu, anda boleh rendahkan pergelangan tangan anda. Anda akan merasa ketikan apabila Siri mempunyai maklum balas.
Untuk menjawab soalan daripada Siri atau untuk menyambung perbualan, tekan bawah Digital Crown dan cakap.
Siri boleh menuturkan balasan kepada anda, seperti yang dilakukannya pada iOS, iPadOS dan macOS. Anda juga boleh mendengar Siri menerusi headset atau speaker Bluetooth yang disambungkan ke Apple Watch.
Nota: Untuk menggunakan Siri, Apple Watch mesti disambungkan ke internet. Caj selular mungkin dikenakan.
Tukar seting maklum balas suara
Siri boleh menyebut respons pada Apple Watch anda. Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian pilih daripada yang berikut:
Sentiasa Aktif: Siri menyebut respons, walaupun Apple Watch anda dalam mod senyap.
Kawal dengan Mod Senyap: Siri menyenyapkan semua respons dituturkan apabila Apple Watch anda disetkan ke mod senyap.
Fon Kepala Sahaja: Siri hanya menyebut respons apabila Apple Watch anda disambungkan ke fon kepala Bluetooth.
Untuk menukar bahasa dan suara yang Siri gunakan, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian ketik Bahasa atau Suara Siri. Apabila anda mengetik Suara Siri, anda boleh menukar kepelbagaian serta jantina suara.
Padam sejarah Siri
Anda boleh memadamkan interaksi Siri dan perencanaan yang dikaitkan dengan Apple Watch anda pada masa ini daripada pelayan Apple.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Siri, ketik Sejarah Siri, kemudian ketik Padam Sejarah Siri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada Apple Watch anda.