Langgan Apple Fitness+
Apple Fitness+ memerlukan Apple Watch Series 3 atau lebih baru dengan watchOS 7.2 atau lebih baru dan satu daripada peranti Apple berikut: iPhone 6s atau lebih baru dengan iOS 14.3 atau lebih baru, iPad dengan iPadOS 14.3 atau lebih baru, atau Apple TV 4K atau Apple TV HD dengan tvOS 14.3 atau lebih baru.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple Fitness+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One Premier. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple Fitness+ dan Apple One Premier tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Apple Media Services.
Dapatkan app Kecergasan
Untuk menggunakan Apple Fitness+, anda memerlukan app Kecergasan pada iPhone, iPad, atau Apple TV anda. Jika anda tidak mempunyai app Kecergasan pada peranti, anda boleh memuat turunnya daripada App Store.
Langgan Apple Fitness+
Buka app Kecergasan pada iPhone, iPad, atau Apple TV anda. Kemudian, jika anda berada pada iPhone anda, ketik Fitness+.
Pilih butang percubaan percuma, kemudian ikut arahan atas skrin untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan mengesahkan langganan anda.
Batalkan langganan Apple Fitness+ anda
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Buka app Kecergasan, kemudian, jika anda menggunakan iPhone anda, ketik Fitness+. Ketik , ketik [nama akaun], kemudian ketik Apple Fitness+.
Pada Apple TV: Buka app Seting, pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama akaun] > Langganan, kemudian pilih Apple Fitness+.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Jika anda melanggan Apple Fitness+ sebagai sebahagian daripada langganan Apple One Premier dan mahu membatalkan langganan anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara membatalkan langganan daripada Apple.
Kongsi langganan Apple Fitness+ anda dengan Perkongsian Keluarga
Apabila anda melanggan Apple Fitness+ atau Apple One Premier, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga tidak perlu melakukan apa-apa—Apple Fitness+ tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Kecergasan selepas langganan anda bermula, selagi mereka mempunyai Apple Watch Series 3 atau lebih baru. Jika ahli keluarga mempunyai Apple Watch, tetapi tiada iPhone (kerana Apple Watch mereka disediakan oleh ahli keluarga), mereka masih boleh menggunakan Apple Fitness+ dengan Apple TV atau dengan iPad.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan Apple Fitness+ anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.